Tangki oksigen ‘laku keras’ gara-gara jerebu

Tangki oksigen ‘laku keras’ gara-gara jerebu

Tangki oksigen ‘laku keras’ gara-gara jerebu
MD NOOR menonton televisyen sambil menggunakan penumpu oksigen di rumahnya di Rawang, negeri Selangor, Malaysia kelmarin. – AFP

KUALA LUMPUR – Jerebu toksik akibat kebakaran hutan di Indonesia melonjakkan permintaan untuk tangki oksigen dan pembersih udara di rantau ini, kata beberapa pengeluar, ketika mereka giat menyediakan peralatan pembersihan udara yang dapat menyelamatkan nyawa.

Jerebu berlarutan selama beberapa bulan menyelubungi sebahagian rantau Asia Tenggara yang memaksa sekolah ditutup dan mendorong peningkatan masalah pernafasan.

Ramai keluarga kini membeli peranti untuk memastikan udara di dalam rumah kekal bersih.

Di AA Alive yang merupakan syarikat peralatan perubatan terletak berdekatan Kuala Lumpur, pekerjanya bekerja pada kapasiti penuh untuk menghantar tabung oksigen, dengan beberapa pegawai berkata, jualan mereka melambung tinggi.

“Kami melihat peningkatan jualan sebanyak 35 peratus disebabkan oleh jerebu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Martabatkan Undang-undang, Jangan Jadikan Senjata Politik


“Apabila saya mula bekerja dalam industri ini, saya terkejut melihat begitu ramai pesakit yang memerlukan tangki oksigen,” kata ahli pasukan jualan AA Alive, Rafina Firdaus kepada AFP.

Syarikat itu membekalkan pesakit dengan tangki dan penumpu oksigen (oxygen concentrator).

ADS-D:
Tangki oksigen boleh beroperasi selama tiga jam untuk penggunaan berterusan, manakala penumpu oksigen pula boleh digunakan selama 24 jam.

Md Noor Bin Bujang, 69, yang dirawat lebih sebulan di hospital, menerima penumpu oksigen pertamanya, Khamis lalu.

Menurutnya, tanpa peralatan oksigen itu, dia akan mengalami sesak nafas, terutamanya ketika udara berjerebu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Raudhatul Ummah: JABHAH Manifestasi Komitmen Berterusan UMNO Memperkasa Islam


Juruteknik AA Alive berumur 26 tahun, Mubassar Khan berkata, penapis penumpu oksigen biasanya diganti selepas 1,000 jam penggunaan, tetapi bahan pencemaran dalam jerebu mengurangkan jangka hayatnya kepada separuh.

AA Alive kini menghantar sekitar 40 unit peralatan bantuan oksigen sewaan sehari, manakala menurut Firdaus, syarikat itu mampu memenuhi peningkatan permintaan disebabkan oleh jerebu kerana mereka ‘sudah mengalaminya setiap tahun’.

Sementara itu, pakar-pakar memberi amaran bahawa pendedahan berpanjangan kepada jerebu boleh menyebabkan keradangan berbahaya kepada tubuh manusia, dengan seorang pakar mengklasifikasikan situasi itu sebagai ‘ancaman kesihatan awam pelbagai sistem’.

Pakar kesihatan persekitaran di Universiti Putra Malaysia, Profesor Juliana Jalaludin memberitahu AFP bahawa beliau bimbang generasi akan datang mungkin ‘mengalami beban penyakit pernafasan lebih tinggi jika mereka berulang kali terdedah kepada jerebu dan pencemaran udara, terutamanya semasa kanak-kanak’. – AFP

Tangki oksigen ‘laku keras’ gara-gara jerebu


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kampung Digital, Kubur Digital Kg Pulau Jadi Rujukan Peringkat Negeri Dan Negara

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker