Pasaran modal Indonesia hilang hampir RM350 bilion

Pasaran modal Indonesia hilang hampir RM350 bilion

Pasaran modal Indonesia hilang hampir RM350 bilion

JAKARTA – Indeks saham penanda aras Indonesia merosot hampir 15 peratus dalam masa seminggu setakat kelmarin, menyaksikan kira-kira 1.544 trilion rupiah(RM349.2 bilion) lesap daripada pasaran modal dengan penyedia indeks global, MSCI mempertimbangkan untuk menurunkan taraf Indonesia kepada status Pasaran Kendiri berikutan kebimbangan berterusan mengenai ketelusan dan kebolehcapaian pasaran, lapor laman berita Jakarta Globe.

Indeks Komposit Jakarta (JCI) jatuh 14.91 peratus kepada 5,185.105 kelmarin, menjunam 908.654 mata daripada 6,093.759 pada akhir minggu sebelumnya, demikian menurut data Bursa Saham Indonesia (IDX).

Jumlah modal pasaran saham merosot 15.23 peratus kepada 9.157 trilion rupiah (RM2.07 bilion daripada 10.701 trilion rupiah (RM2.43 bilion) seminggu sebelumnya, mencerminkan skala jualan, susulan pengumuman MSCI tersebut.

Pelabur asing mencatatkan jualan bersih sebanyak 3.34 trilion rupiah (RM755.35 juta) kelmarin menjadikan jualan bersih kumulatif mereka bagi tahun 2026 meningkat kepada 88.19 trilion rupiah (RM19.94 bilion), demikian menurut bursa tersebut.

Sementara itu, MSCI sedang mempertimbangkan untuk mengklasifikasikan semula Indonesia daripada Pasaran Pesat Membangun kepada Pasaran Kendiri, kategori bagi pasaran di mana akses pelabur telah merosot secara teruk.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Martabatkan Undang-undang, Jangan Jadikan Senjata Politik


Klasifikasi Pasaran Kendiri boleh menjejaskan kedudukan Indonesia dalam penanda aras pelaburan global dan berpotensi mengurangkan daya tarikan negara itu kepada pelabur antarabangsa yang berpandukan indeks MSCI. – AGENSI

Pasaran modal Indonesia hilang hampir RM350 bilion


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kampung Digital, Kubur Digital Kg Pulau Jadi Rujukan Peringkat Negeri Dan Negara

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker