Amerika bawah Biden tambah senarai hitam syarikat China

Amerika bawah Biden tambah senarai hitam syarikat China

Amerika bawah Biden tambah senarai hitam syarikat China

Amerika Syarikat (AS) telah menyenaraihitamkan 31 syarikat China ketika pentadbiran Donald Trump.

Kini semasa pentadbiran Presiden Joe Biden, AS menambah lagi beberapa syarikat China dalam senarai hitam kerana mempunyai kaitan dengan industri ketenteraan Beijing.

Setakat ini, pentadbiran Biden menambah sebanyak 59 syarikat China yang dilarang bagi rakyat Amerika untuk memiliki kepentingan di dalamnya.

Tindakan tersebut dilakukan sebagai tekanan berterusan dari negara tersebut terhadap kuasa Asia itu.

Menurut kenyataan Rumah Putih, sekatan itu menyasarkan syarikat yang terbabit dengan teknologi pengawasan China yang didakwa digunakan untuk memudahkan penindasan atau pelanggaran hak asasi manusia yang serius yang merosakkan nilai keamanan atau demokrasi.

Syarikat yang disenaraihitam ketika pentadbiran Trump merangkumi syarikat telekomunikasi, pembinaan dan teknologi utama seperti China Mobile, China Telecom, firma pengawasan video Hikvision, dan China Railway Construction Corp.

Larangan pelaburan berkuat kuasa pada 2 Ogos dan pemegang saham semasa mempunyai tempoh satu tahun untuk melepaskan pegangan.

Langkah itu antara rangkaian langkah yang dilaksanakan Rumah Putih yang mensasarkan kuasa Asia itu yang menyebabkan hubungan di antara kedua-dua negara tegang. MG

Amerika bawah Biden tambah senarai hitam syarikat China


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Ceroboh ruang udara: Apa agenda Israel, Amerika dan China di Asia Tenggara?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker