Sabar tunggu pengumuman untuk tunai haji – TH

Sabar tunggu pengumuman untuk tunai haji – TH

Sabar tunggu pengumuman untuk tunai haji – TH

Bakal jemaah haji dinasihatkan supaya sabar menunggu pengumuman rasmi oleh Lembaga Tabung Haji (TH) berhubung status menunaikan Rukun Islam kelima itu.

Pengarah Eksekutif TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, pihaknya akan memaklumkan mengenai perkara itu sebaik sahaja keputusan rasmi diperolehi dari Kerajaan Arab Saudi berkaitan jumlah kuota jemaah haji negara, kriteria pemilihan dan kaedah pelaksanaan ibadah haji untuk musim ini.



“TH telah memulakan persiapan awal sejak tahun lalu dengan mengambil kira pelbagai kemungkinan prosedur operasi standard (SOP) dan protokol kesihatan serta amalan norma baharu dalam pengendalian operasi Haji sama ada di tanah air mahupun di Tanah Suci.

“Salah satu keperluan baru yang diminta oleh kerajaan Arab Saudi tahun ini adalah semua jemaah haji perlu melengkapkan suntikan vaksin Covid-19.

“Sehubungan itu, dalam persedian awal kami, TH telah menyarankan semua bakal haji yang terpilih pada tahun 2020 untuk mendaftar sebagai penerima vaksin Covid-19 dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Syed Saleh berkata, hasil inisiatif tersebut, bakal haji dari seluruh negara telah mula menerima suntikan ini di samping satu lagi suntikan wajib iaitu meningococcal sejak Mac lalu.



“Namun begitu, bakal haji masih perlu lulus pemeriksaan kesihatan apabila menerima surat tawaran tunai haji kelak,” ujarnya.

Tambah beliau lagi, semua bakal haji disaran membuat persiapan sewajarnya kerana pelaksanaan Rukun Islam kelima itu memerlukan persediaan dari aspek ilmu ibadat, kesihatan yang baik, rohani dan jasmani serta kewangan secukupnya bagi memastikan semua rukun dan wajib haji dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Katanya, bakal haji juga perlu bersedia menghadapi kelainan dalam menunaikan haji kali ini disebabkan norma baharu yang akan diamalkan pada musim ini.

Beliau menasihatkan orang ramai dinasihatkan menunggu maklumat rasmi dari TH dan untuk sebarang pertanyaan, boleh menghubungi talian Khidmat Pelanggan TH (THCC) di 03-62071919. MG



Sabar tunggu pengumuman untuk tunai haji – TH


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Jemaah luar negara dibenar tunai haji tahun ini



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker