Golongan istana bukan maksum, boleh ditegur tapi ada caranya – Shamrahayu

Golongan istana bukan maksum, boleh ditegur tapi ada caranya - Shamrahayu

Golongan istana bukan maksum, boleh ditegur tapi ada caranya – Shamrahayu

Pakar Perlembagaan, Prof Datuk Dr Shamrahayu A. Aziz menyelar tindakan segelintir rakyat di negara ini yang menghina dan mencaci golongan istana lebih-lebih lagi di media sosial.

Beliau berkata, biarpun bersetuju dengan pandangan bahawa golongan istana bukan maksum dan mereka hendaklah ditegur sekiranya silap, tetapi sikap dan pemikiran sesetengah pihak seolah-olah keterlaluan.

“Pada pandangan saya, menerima teguran itu adalah ‘hak’ istana, manakala menegur adalah tanggungjawab rakyat dan pembesar yang mendampingi raja atau istana.

“Cuma saya fikir, teguran tersebut bukan dalam bentuk cacian atau celaan. Mereka yang menegur itu perlu dalam hatinya ada niat untuk ‘menasihati’, kerana kita harus kembali kepada konsep ‘al-Deen al-nasihat’ dalam ajaran Islam,” tulisnya di Instgram hari ini.

Beliau berkata, ‘nasihat’ adalah dengan cara tepat kepada subjek yang mahu dinasihati.

Cacian, celaan dan hinaan, bukan caranya

“Cacian, celaan dan hinaan, bukan caranya untuk memberikan nasihat, hatta kepada sesiapa sekalipun, apatah lagi golongan istana atau raja kita yang berdaulat,” katanya.

Beliau yang juga merupakan Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi MARA berkata, bagi Malaysia, Perkara 10(4) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 3 Akta Hasutan juga membenarkan hamba rakyat semua menegur pelaksanaan kuasa oleh raja atau kerajaan.

“Jelas, undang-undang membenarkan kita membuat teguran kepada raja atau kerajaan.

“Tetapi, hendaklah kita berbalik kepada ‘kesopanan dan kesusilaan’; teguran tersebut bukan dengan cara mencaci, mencela, mengherdik atau menghina.

“Saya fikir kita perlu mendidik diri tentang ini supaya kita juga faham tentang adab menasihati atau menegur,” jelasnya.

Beliau berkata, setakat ini apa yang difikirkan rakyat ialah mereka punya kebebasan dan hak untuk menegur raja atau istana.

“Kebebasan itu sebenarnya ada. Cuma, perhatikan caranya sahaja.

“Saya fikir kita juga perlu mendidik diri, sama ada kita rakyat atau raja, atau orang besar di sekeliling raja, kerana mendidik diri itu adalah jihad yang dituntut,” tambahnya lagi.

Terdahulu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah memuat naik sebuah hadis dan menjadi perhatian apabila ramai mendakwa ia adalah hadis daif dan tidak wajar dipaparkan kepada umum.

Ramai yang mendakwa sultan tidak boleh disamakan kerana golongan ini juga manusia biasa.

Banyak komen berbaur negatif yang telah dilemparkan di Twitter milik Jakim tersebut.

Susulan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri tampil memberi penerangan terhadap maksud sebenar mengenai hadis Sultan sebagai bayangan ALLAH di muka bumi ini.

Menerusi ciapan di Twitter, Dr. Zulkifli berkata, pencerahan mengenai hadis tersebut pernah dijelaskan.

“Saya telah jelaskan sejak 2018. Baca terlebih dahulu sebelum cipta persepsi.

“Bayangan ALLAH itu menurut al-Tanwir Syarah al-Jami’ al-Saghir seperti tempat berteduh dan perumpamaan teduhan apabila pemerintah itu memerintah dengan adil.

“Ia juga bermakud kemuliaan dan kekuasaan,” tulisnya. MG

Golongan istana bukan maksum, boleh ditegur tapi ada caranya – Shamrahayu


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Zulkifli perjelas isu hadis sultan merupakan bayangan ALLAH

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker