Tak Mahu Digelar Ustaz! Suhaimi Saad Letak Jawatan Sebagai Penyanyi Nasyid Tapi…

Tak Mahu Digelar Ustaz! Suhaimi Saad Letak Jawatan Sebagai Penyanyi Nasyid Tapi...

Tak Mahu Digelar Ustaz! Suhaimi Saad Letak Jawatan Sebagai Penyanyi Nasyid Tapi…

Kami yakin ramai peminat dunia hiburan dan isu semasa pasti cukup mengenali Suhaimi Saad, bekas ahli kumpulan nasyid In-Team.

Kerap memberi pendapatnya mengenai isu semasa, Suhaimi Saad atau lebih terkenal dengan panggilan SS juga sering menjadi topik di kalangan orang ramai kerana kepercayaannya dengan teori yang bumi adalah rata selain didakwa seorang antivaksin.

Tak Mahu Digelar Ustaz! Suhaimi Saad Letak Jawatan Sebagai Penyanyi Nasyid Tapi...

Terbaru SS mencuri tumpuan ramai apabila mengumumkan akan meletak jawatan sebagai penyanyi nasyid

Menerusi satu perkognsian di Instagramnya, berikutan dari ‘perletakan jawatan’ itu, dia meminta orang ramai untuk tidak lagi memanggilnya sebagai ustaz sebaliknya cukup sebagai sekadar Mie atau SS.

“SS letak jawatan sebagai penyanyi nasyid”

Tak Mahu Digelar Ustaz! Suhaimi Saad Letak Jawatan Sebagai Penyanyi Nasyid Tapi...

“SS jetak jawatan sebagai penyanyi nasyid. Tak perlu panggil Ustaz. Panggil SS atau Mie je. Siapa degil, SS akan kompaun dan blok,” tulisnya di laman IG.

Menerusi ruangan kapsyen pula dia juga memaklumkan akan menyekat akaun sesiapa sahaja yang memintanya menyanyikan lagu inteam semasa sedang melakukan live.

Dia juga turut memberikan amaran keras kepada haternya untuk berhenti mengganggunya.

“Haters sila beramb*s. Aku tak de selera dan takde masa nak layan korang” tulisnya.

Terdahulu nama SS kembali hangat diperkatakan selepas memaki pelakon Catriona Ross menegur sikap segelintir masyarakat Malaysia yang hanya menyalahkan orang lain namun dalam masa sama sering melanggar SOP yang ditetapkan MKN.

Sementara itu…

Suhaimi Saad dah rekod lagu rock kapak ‘Kadang-Kadang Rindu, Kadang-Kadang Lupa’ – “Sasaran dan audience mungkin lebih luas”

BEKAS anggota kumpulan Inteam, Suhaimi Saad menjelaskan status yang mengumumkan ingin bersara sebagai penyanyi nasyid telah mencetuskan salah faham dalam kalangan peminat.

Menurut Suhaimi, 41, dia sebenarnya hanya tidak mahu menjadi penyanyi nasyid namun akan tetap meneruskan perjuangannya dalam bidang muzik dengan mengetengahkan genre lain

“Itu hanyalah salah faham. Saya hanya letak jawatan sebagai penyanyi nasyid sahaja. Saya akan terus menyanyi selagi ada suara, insyaAllah, tanpa title nasyid pun, kita masih boleh terus menyanyi. “Malah sasaran dan audiencenya mungkin lebih luas (jika mencuba selain genre nasyid),” katanya kepada mStar

KUMPULAN BISMILLAH

Suhaimi turut menjelaskan dia akan terus berkarya menerusi kumpulan Bismillah yang ditubuhkan pada Januari lalu. Bismillah merupakan kumpulan yang dianggotai Suhaimi serta isteri, Ina Naim serta empat anak mereka iaitu Ehmad Hadie El Fardie, 13, Sallman El Khoyri, 11, Phyrosh Ed Fadwah, 9, dan Nurlayla El Ghufrony, 7 tahun

“InsyaAllah Bismillah akan release album dalam bulan ini. Kami akan terus bawa genre-genre lain selepas ini yang masih lagi berkonsepkan ketuhanan serta membawa maksud mesej positif. “Dalam nasyid sendiri ada irama pop, balada, asli malah rock.

“Sekarang saya baharu sahaja siap rekod demo sebuah lagu rock kapak berjudul Kadang-Kadang Rindu, Kadang-Kadang Lupa,” katanya.

Suhaimi pada Khamis memuat naik status bersara daripada arena nasyid selepas lebih dua dekad berkecimpung dalam bidang tersebut.

Penyanyi kelahiran Triang, Pahang ini memulakan kerjayanya pada tahun 1999 dengan menyertai kumpulan nasyid In-Team.

Di zaman kegemilangan, In-Team cukup popular dengan lagu seperti Kasih Kekasih dan Impian Kasih.- mSTAR

Tak Mahu Digelar Ustaz! Suhaimi Saad Letak Jawatan Sebagai Penyanyi Nasyid Tapi…

Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET

Suhaimi Saad Tempelak Catriona Ross Isu Balik Kampung Ketika PKP. ” Simpan La Kau Punya B*d*h Tu..Jangan Tunjuk Sangat”

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker