Aksi spontan Tengku Permaisuri Selangor lihat graduan kembar

Aksi spontan Tengku Permaisuri Selangor lihat graduan kembar

Setiap kali Majlis Istiadat Konvokesyen di universiti diadakan, pasti ada perkara lucu, menarik atau kenangan yang berjaya dirakam lensa kamera sepanjang majlis berlangsung.

Kali ini, sepasang adik beradik kembar yang hadir ke Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) Ke-96 bagi mengambil skrol akademik mereka berjaya mencuri perhatian netizen.

Menerusi satu video yang dimuatnaik oleh pengguna dikenali Nazmi Ramli, pasangan kembar dengan tertera nama Syazwana dan Syazwani dilihat bersahaja naik ke pentas untuk mengambil skrol mereka.

Namun apa yang menarik ialah reaksi wajah Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Baginda dilihat seakan-akan terkejut dan keliru selepas melihat dua orang yang mempunyai wajah yang hampir sama naik ke pentas hingga memaksa baginda berpaling untuk melihat semula graduan itu.

Bagaimanapun, baginda mula menyedari graduan itu adalah pasangan kembar dan tersenyum sendirian selepas menyedari perkara itu.

Video dengan jumlah tontonan sebanyak 1.7 juta itu turut mendapat komen netizen yang turut terhibur dengan situasi berkenaan.

Bagi Farhani Mansor, beliau merasakan bahawa baginda sememangnya menghargai dan melihat setiap wajah graduan yang menerima skrol daripadanya.

Sementara itu, Nisa Rina IV berpendapat mimik muka Tengku Permaisuri sangat comel hanya kerana keliru dengan wajah graduan berkenaan.

Malah ada netizen yang tertanya-tanya bagaimanakah gambar graduan itu sekiranya jurugambar mengambil gambar dalam keadaan Tengku Permaisuri keliru.

Pada majlis istiadat itu, seramai 24,713 keseluruhan graduan menerima penganugerahan ijazah doktor falsafah, sarjana, sarjana muda, diploma dan sijil profesional dalam bidang masing-masing di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) UiTM Shah Alam yang berlangsung selama 15 hari sehingga 3 Jun ini. BH

Aksi spontan Tengku Permaisuri Selangor lihat graduan kembar (Video)

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berebut bilik tidur punya hal, warga emas tetak mati pasangan

Gadis dibunuh dan dibakar, keluarga dedah perilaku mangsa

Hannah Delisha posing mendada

Ronaldo kini raikan jaringan dengan sujud syukur [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker