Gelombang ‘ribut Twitter’ #PenangTolakTambak raih lebih 300,000 sokongan

Gelombang ‘ribut Twitter’ #PenangTolakTambak raih lebih 300,000 sokongan

Gelombang ‘ribut Twitter’ #PenangTolakTambak raih lebih 300,000 sokongan

Kempen media sosial dalam talian menentang projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSR) menyaksikan gelombang sokongan sejak beberapa hari lalu.

‘Ribut Twitter’ yang dimulakan aktivis Penang Tolak Tambak pada Hari Alam Sekitar Sedunia Sabtu lalu menarik perhatian pengguna media sosial di seluruh negara, dengan tanda pagar #PenangTolakTambak trening di Malaysia dan akaun mereka berjaya mencapai lebih dari 300,000 hanya dalam sehari.



Kini, mereka yang terlibat berharap dapat menunjukkan kepada kerajaan Pulau Pinang bahawa masalah ini telah menarik perhatian masyarakat di seluruh negara dan memerlukan pertimbangan semula.

Jurucakap pergerakan dan anggota NGO Penang Forum, Khoo Salma Nasution berkata kempen dalam talian seperti ini memberi ruang kepada pihak lawan untuk membantah ketika protes fizikal sukar dilakukan.

“Dengan pelaksaan PKP, kita tidak boleh melakukan protes secara fizikal, jadi kita berusaha melakukan sesuatu melalui media sosial. Melihat isu persekitaran tempatan trending di Twitter adalah sesuatu yang bagus, saya tidak ingat kali terakhir itu berlaku, terutama kerana ramai orang menganggap ia sebagai masalah Pulau Pinang,” katanya kepada FMT.

“Kami mahu kempen ini dijalankan diseluruh negara, kerana isu ini mempengaruhi semua orang. Ia masalah alam sekitar besar yang membawa kepada pelepasan karbon dan kesannya terhadap ekosistem laut, juga bagaimana ia akan mempengaruhi kehidupan nelayan.”

Bermula jam 10 pagi, sukarelawan mula menyebarkan tanda pagar #PenangTolakTambak dan #GenerationRestorasi serta mengulang semula penggunaannya, seterusnya membolehkan topik itu tersebar luas dan menarik perhatian NGO seperti Urban Biodiversity Malaysia, yang membantu menyebarkannya lebih jauh lagi.



Khoo berkata, kejayaan kempen itu sebahagian besarnya berpunca dari gesaan pembatalan projek dari pelbagai pihak, dengan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dan kumpulan persatuan sivil antara yang turut menyuarakan bantahan mereka sejak minggu lalu.

Dengan peningkatan momentum terhadap projek itu, beliau berkata ini usaha terakhir pergerakan itu berusaha berjuang secara dalam talian.

“Sambutan yang diterima (dalam talian) sangat bermakna bagi kita semua yang terlibat, ini menunjukkan betapa orang ramai peduli dengan isu ini.

“Orang muda sangat peka terhadap alam sekitar dan aktif di media sosial, jadi kami berharap lebih ramai golongan itu dapat terlibat ketika kami melancarkan ‘ribut Twitter’ berikutnya.” FMT



Gelombang ‘ribut Twitter’ #PenangTolakTambak raih lebih 300,000 sokongan


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Keras kepala tambak laut, penduduk akan tunjuk DAP pintu keluar dari P Pinang, kata pemimpin PKR



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker