UiTM buat pusingan U, setuju kekalkan fakulti Masscomm

 

Pengurusan Universiti Teknologi MARA (UiTM) menerima pandangan Alumni Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) UiTM untuk membatalkan penggabungkan FKPM dengan dua fakulti lain dan bersetuju mengekalkan FKPM sebagai fakulti tunggal.

Presiden Alumni FKPM (Alumi Masscomm UiTM) Basree Rakijan berkata perkara itu dimaklumkan Naib Canselor UiTM Prof Dr Datuk Roziah Mohd Janor dalam pertemuan bersama wakil persatuan berkenaan dengan pihak UiTM, semalam.

Bagaimanapun institusi itu memaklumkan proses pembatalan itu memerlukan tempoh tiga hingga enam bulan.

“Dalam pertemuan itu, Alumni Masscomm meminta UiTM membatalkan serta-merta penggabungan itu berdasarkan keputusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang dimaklumkan menerusi surat bertarikh 1 Nov 2022 kepada universiti itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

KPT telah memutuskan sama ada UiTM menukar nama gabungan ketiga-tiga fakulti itu kepada Kolej Pengajian Media, Komunikasi, Pengkomputeran dan Informatik atau melakukan penstrukturan semula dengan mengekalkan FKPM seperti sebelum ini

Basree berkata tindakan pembatalan gabungan itu perlu disegerakan bagi memastikan ia tidak menjejaskan proses pembelajaran dan pengajaran di fakulti tersebut, selain mengelakkan timbul pelbagai masalah serta kekeliruan berikutan penggabungan itu.

Basree berkata Alumni Masscomm turut menghargai pendirian terbaharu pengurusan UiTM yang menerima pandangan Alumni Masscomm dan bersetuju mengekalkan FKPM.

“Saya percaya pengurusan UiTM amat serius dalam menyelesaikan kemelut ini dan jika kita perlu menunggu tiga hingga enam bulan demi kebaikan dan masa depan fakulti, kami memahami,” tambahnya.

Pada Oktober lepas, Alumni Masscomm mengadakan siri membantah terhadap keputusan universiti itu untuk menggabungan ketiga-tiga fakulti yang kini dinamakan Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media.

Penggabungan itu diumumkan Roziah pada sambutan ulang tahun ke-50 fakulti itu tahun lepas sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula universiti dan langkah penjimatan kos.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


KKM sah pecat doktor HKL yang biadab dan kurang ajar dengan Najib

Suami Isteri dicekup khalwat, kad nikah jadi penyalamat

Pendakwa GAGAL buktikan wang masuk dari MOF Saudi bukanlah derma

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker