Polis hanya terima surat dari kementerian dan agensi ini sahaja

Polis hanya terima surat dari kementerian dan agensi ini sahaja
Polis hanya terima surat dari kementerian dan agensi ini sahaja

Polis hanya menerima pakai surat pengesahan pekerja dikeluarkan oleh tujuh kementerian dan tiga agensi kerajaan sepanjang pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) penuh, kata Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani,

Acryl Sani berkata, tujuh kementerian itu adalah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kementerian Pengangkutan (MOT), Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC).

Selain itu, katanya surat pengesahan dikeluarkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga diterima, selain Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk pengamal perundangan.

“Polis turut menerima pakai surat pengesahan dikeluarkan Bank Negara (BNM) bagi sektor kewangan dan insurans, Suruhanjaya Sekuriti (SC) yang berkaitan sektor urus niaga saham.

“Turut diterima pakai, surat pengesahan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi sektor peniaga kecil dan penjaja gerai makanan serta kenderaan saji.

“Bagi pengeluaran lesen berniaga pengurusan sisa pepejal dan sanitasi, surat pengesahan akan dikeluarkan MITI melalui Covid-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0,” katanya dalam kenyataan.

Surat pengesahan itu adalah bukti membolehkan pekerja melepasi sekatan jalan raya bagi pergerakan dari kediaman ke tempat kerja membabitkan sektor dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh dua minggu fasa pertama sekatan pergerakan penuh hingga 14 Jun.

Acryl Sani berkata, pihaknya menerima surat pengesahan dikeluarkan MITI bagi sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan, dan MOT bagi sektor pengangkutan awam serta barangan keperluan.

“Surat pengesahan MAFI adalah untuk sektor pertanian, perikanan, penternakan, perladangan dan komoditi,” katanya.

Beliau berkata, surat pengesahan MPIC adalah bagi sektor perladangan dan pengeluaran komoditi seperti kelapa sawit, getah dan sebagainya.

“Pemegang permit dan lesen Lembaga Getah Malaysia (LGM) seperti pekebun kecil, estet, nurseri, peniaga getah, pedagang dan pengilang getah boleh menggunakan surat pengesahan dikeluarkan MPIC atau LGM sementara bagi pengilang pembuatan produk getah seperti sarung tangan, surat pengesahan akan dikeluarkan MITI,” katanya.

Mengulas lanjut, Acryl Sani berkata, surat pengesahan dikeluarkan KKMM adalah bagi perkhidmatan telekomunikasi, media, pos, kurier dan penyiaran.

Katanya, surat pengesahan dikeluarkan agensi bawah KDN seperti Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Sukarelawan (RELA) diterima pakai untuk kebenaran pergerakan.

Bagi operasi firma guaman, katanya, surat pengesahan akan dikeluarkan oleh BHEU JPM dengan syarat kakitangan sebanyak 20%.

Beliau berkata, pengamal undang-undang yang perlu ke mahkamah mewakili anak guam dalam kes baharu seperti reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah, perlu menunjukkan dokumen bercetak atau surat firma guaman di sekatan jalan raya.

“Semua surat pengesahan itu mesti bertarikh 1 Jun 2021 dan mereka yang tiada surat pengesahan atau sudah tamat tempoh (sebelum 1 Jun) akan diarah berpatah balik.

“Polis pula akan mengeluarkan permit pergerakan bagi mereka yang layak mengikut peraturan rentas sempadan iaitu untuk ziarah kematian, kecemasan dan bekerja sendiri,” katanya.

Acryl Sani berkata, mereka yang bekerja sendiri seperti tukang paip, penyelenggaraan dan penjaja tepi jalan tanpa majikan boleh memohon kebenaran bergerak daripada polis secara “one off” iaitu bagi tempoh 1 Jun hingga 14 Jun.

Bagi pekerja di sektor tidak dibenarkan beroperasi tetapi perlu ke tempat kerja bagi tujuan khusus seperti penyediaan dokumen atau invois pembayaran gaji, katanya, kebenaran akan diberi secara “one off” bagi tempoh dua hingga tiga hari.

“Bagaimanapun, kita memerlukan surat pengesahan majikan sebagai bukti,” katanya.

Dalam pada itu, Acryl Sani turut memberi amaran kepada individu yang mengemukakan surat pengesahan palsu akan dikenakan tindakan tegas mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). FMT

Polis hanya terima surat dari kementerian dan agensi ini sahaja


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Pelbagai industri kelam-kabut dengan surat kebenaran perjalanan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker