Biodata Artis Bella Astillah. Profail dan Latar Belakang

Biodata Artis Bella Astillah. Profail dan Latar Belakang

Biodata Artis Bella Astillah. Berikut adalah Profail dan Latar Belakang Artis Bella Astillah atau Nama sebenarnya Dayang Nabellah binti Awang Astillah lahir pada lahir 15 hb Mac 1994 yang dikemaskini pada 6 hb Jun 2021.Beliau merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia.

Bella Astillah isteri kepada penyanyi Aliff Aziz yang dikahwininya pada 2016. Beliau ialah kakak kepada penyanyi Didi Astillah. Pada 27 Mac 2020, Bella telah mengeluarkan single pertama beliau berjudul “Tenang”.

Kerjaya

Kerjaya seni Bella Astillah bermula semasa bayi apabila beliau bersama adiknya, Didi Astillah merakamkan sebuah album kanak-kanak dan menyanyikan pelbagai lagu kanak-kanak. Menerusi album kanak-kanak ini, Bella dan adiknya dikenali sebagai Anak-Anak Mutiara. Pada tahun 2019, beliau berlakon di samping Nafiz Muaz dalam drama adaptasi novel, Cinta Belum Tamat Tempoh, seterusnya muncul dengan single solo pertamanya, “Tenang“, dikeluarkan pada 27 Mac 2020.

Kehidupan peribadi

Pada akhir 2016, selepas berkenalan selama dua tahun serta bertunang hampir 9 bulan, Bella dan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz melangsungkan perkahwinannya secara rasmi dan mengadakan majlis resepsi yang dihadiri oleh 1,000 tetamu di Top Glove, Shah Alam, Selangor. Hasil perkongsian hidupnya dengan Aliff, beliau dikurniakan seorang anak, Mohamed Ayden Adrean.

Pasangan ini memfailkan perceraian pada 16 Mei 2019 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Beliau membuat keputusan untuk meneruskan hidup tanpa Aliff kerana tidak tahan dengan sikap Aliff yang berlaku curang terhadapnya. Namun pada April 2020, Bella mengesahkan di laman IG beliau bahawa beliau dan Aliff telah rujuk kembali pada tahun 2019 ketika Bella dalam tempoh iddah.

Pada 18 Julai 2020, beliau dikurniakan seorang anak perempuan, Ara Adreanna.

 

Bella Astillah
Kelahiran
Dayang Nabellah binti Awang Astillah

15 Mac 1994 (umur 27)

Sandakan, Sabah, Malaysia
Pekerjaan Pelakon, penyanyi
Tahun aktif 1997–kini
Pasangan Aliff Aziz (k. 2016)
Anak 2
Saudara Didi Astillah (adik)

FOTO

Biodata Artis Bella Astillah. Profail dan Latar Belakang

Biodata Artis Bella Astillah. Profail dan Latar Belakang

VIDEO

Biodata Artis Bella Astillah. Profail dan Latar Belakang


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


VIDEO TikTok Bella Astillah Menari Jenis Tarian Borneo Ditonton Lebih 3 Juta “Viewers”

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker