Biodata Artis Nur Risteena Munim. Profail dan Latar Belakang

Biodata Artis Nur Risteena Munim. Profail dan Latar Belakang

Biodata Artis Nur Risteena Munim. Profail dan Latar Belakang

Biodata Artis Nur Risteena Munim. Berikut adalah Profail dan Latar Belakang Artis Nur Risteena Munim. Nur Risteena Munim Zainul Ilyas lahir pada 19 hb November 1989 ialah seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau mula dikenali umum dalam bidang seni lakonan tanahair menerusi drama waktu perdana Playboy Itu Suami Aku yang disiarkan di Slot Akasia TV3 di mana beliau memegang peranan utama sebagai Afina Aulia.

Kehidupan awal

Risteena dilahirkan pada Ahad, 19 November 1989 Masihi bersamaan 19 Rabitul Akhir 1410 Hijrah di Kepala Batas, Pulau Pinang dan beliau merupakan anak kedua daripada lima adik-beradik kepada pasangan Zainul Ilyas Zainul Abidin dan Che Bunga Salleh. Adiknya, Ruhainies Farehah juga seorang pelakon yang mencipta nama menerusi drama Hello, Mr. Perfect! bersama Fattah Amin. Beliau lebih mesra dengan panggilan Ris dikalangan keluarganya. Risteena merupakan lulusan dalam bidang komunikasi massa di Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Lendu, Melaka.



Netizen serang IG Risteena


Kehidupan peribadi

Risteena merupakan lulusan jurusan Komunikasi Massa dari UiTM. Namun, khabar angin mula timbul mengatakan beliau tidak pernah menghabiskan pengajian di UiTM dan mengaku dirinya memiliki segulung ijazah adalah palsu dan dusta semata-mata. Bagaimanapun, dalam temuramah dengan Harian Metro, Risteena menjelaskan bahawa beliau bukanlah berhenti atau diberhentikan, sebaliknya menangguhkan pengajiannya sementara mendapat banyak tawaran berlakon.

Risteena turut mengakui tidak mencemburui adiknya, Ruhainies yang lebih popular dan menganggap kejayaan adiknya membuatkan beliau lebih bekerja keras. Mengakui tidak pernah bercinta, Risteena berkata dalam temuramah bersama Harian Metro pada Februari 2014:



“Dari darjah satu sehinggalah tingkatan lima, saya belajar di sekolah perempuan. Hanya apabila masuk UiTM, barulah saya bercampur dengan lelaki. Saya memang tiada pengalaman bercinta”.
Beliau bertunang dengan pelakon Isa Khan pada 23 November 2019. Sebelum ini pernah bertunang dengan Ikhwan Khairuddin, namun pertunangan berakhir pada Ogos 2019.

Beliau berkahwin dengan pelakon Isa Khan pada 12 Mac 2021.

Kerjaya

Bermula sebagai pelakon tambahan dan model sambilan pada usia belasan tahun. Risteena mula melibatkan diri dalam bidang lakonan pada 2013 apabila beliau memegang peranan tambahan dalam siri drama Friday I’m In Love pada 2012, bersama-sama dengan pelakon utamanya—Qi Razali, Ryzal Jaafar, Aiman Hakim Ridza, Zoey Rahman, Bella Dally dan Nelydia Senrose.

Dalam tahun 2013, Risteena berlakon dalam empat drama dan dua telefilem. Beliau memegang watak pembantu dalam siri drama Karlos bersama-sama dengan pelakon utamanya, Johan As’ari dan Syazwan Zulkifli. Seterusnya beliau muncul dalam siri drama Menjinak Ombak dan bergandingan bersama Fattah Amin dalam siri drama Playboy Itu Suami Aku, beliau memegang watak utama sebagai Afina Aulia. Didalam drama itu beliau dikritik kerana lakonannya yang mengjengkelkan. Beliau turut berlakon dalam siri drama Diandra, bersama pelakon utamanya, Fathia Latiff dan Aiman Hakim Ridza. Antara telefilem lakonannya ialah Bukan Cinta Monyet dan Di Bawah Satu Langit.



Pada 2014, beliau berlakon dalam siri drama aksi, Plan B bersama-sama dengan Shukri Yahaya, Beto Kusyairy dan Mikail Andre.

Beliau turut melebarkan sayapnya ke layar lebar apabila beliau berlakon dalam filem pertamanya, Mamak Cupcake arahan Woo Ming Jin, bersama-sama dengan pelakon utamanya, Shaheizy Sam. Filem ini ditayangkan pada 28 Ogos 2014. Selepas tamatnya Plan B, Risteena berehat seketika daripada bidang lakonan kerana menyambung pelajarannya. Beliau seterusnya melakonkan watak aksi seorang pelacur dalam filem yang tidak diketahui tajuknya yang akan menjalani penggambarannya di Chicago, Illinois, Amerika Syarikat. Pada 2015, Risteena bergandingan dengan pelakon Keith Foo menerusi filem, Girlfriend Kontrak arahan pengarah filem Australia, Virginia Kennedy, beliau memegang watak sebagai Alisa. Filem ini ditayangkan pada 24 September 2015 dan diterbitkan oleh Grand Brilliance.

Pada 2016, beliau berlakon dalam siri drama Cinta Teruna Kimchi bersama-sama dengan Johan As’ari, Niena Baharun dan Nazim Othman dan seterusnya muncul dalam filem Chowrasta arahan Profesor Datuk Abdul Razak Mohaideen. Seterusnya, Risteena memegang watak utama sebagai Ain dalam siri melodrama Demi Cinta Ain yang bersiaran di TV3, drama arahan Raja Ahmad Alauddin ini turut dibintangi oleh Aiman Hakim Ridza, Zahirah MacWilson dan Nazrief Nazri. Pada Julai, beliau muncul dalam filem keempat lakonannya, Anak Mami Nasi Kandaq arahan Prof Madya Abdul Razak Mohaideen, dengan memegang watak sebagai Fitri.

Bekerja di bawah arahan Ahmad Idham, Risteena memegang watak Dr. Azira, seorang pakar psikologi dalam filem komedi seram Hantu Wangan yang ditayangkan pada 22 Mac 2018, turut dibintangi oleh Achey Bocey dan Cat Farish.

Pada 19 April 2018, Risteena menerima Anugerah Ikon Usahawan Tahunan Kosmetik & Pakaian di Anugerah Personaliti Industri dan Usahawan Malaysia 2018 anjuran Niaga Times.



Biodata Artis Nur Risteena Munim

Nur Risteena
Risteena pada Julai 2013.
Kelahiran
Nur Risteena Munim binti Zainul Ilyas

19 November 1989 (umur 31)

Kepala Batas, Pulau Pinang, Malaysia
Pendidikan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa
Pusat pendidikan Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Pekerjaan Pelakon, model, jurucakap produk
Tahun aktif 2012–kini
Pasangan Isa Khan (k. 2021)
Ibu bapa
  • Zainul Ilyas Zainul Abidin (bapa)
  • Che Bunga Salleh (ibu)
Saudara
  • Rahimah Sadrina (kakak)
  • Ruhainies Farehah (adik)
  • Riesha Sharmin (adik)
  • Nul Aiman (adik)

 

FOTO

 

Biodata Artis Nur Risteena Munim. Profail dan Latar Belakang


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Biodata Artis Ruhainies Farehah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker