Biodata Artis Ruhainies Farehah

Biodata Artis Ruhainies Farehah

Kehidupan awal


Baca Artikel Menarik

Ruhainies Dipetik Dakwaan Berkhalwat Dengan Aliff Aziz?


Ruhainies dilahirkan pada Isnin, 27 Julai 1992 Masihi bersamaan 26 Muharram 1413 Hijrah di Kepala Batas, Pulau Pinang dan merupakan anak ketiga daripada lima beradik kepada pasangan Zainul Ilyas Zainul Abidin dan Che Bunga Salleh.

Kakaknya, Nur Risteena Munim juga seorang pelakon yang mula mencipta nama menerusi siri drama Playboy Itu Suami Aku, bersama Fattah Amin.



Sama seperti kakaknya, Ruhainies juga menuntut di Universiti Teknologi MARA (UiTM) di mana beliau melanjutkan pelajarannya dalam bidang pelancongan.

Kerjaya


Meskipun baru setahun jagung menceburi dunia lakonan, Ruhainies sudah mendapat kepercayaan daripada penerbit dan pengarah drama tempatan untuk menggalas watak utama dalam drama Hello, Mr. Perfect! di Slot Akasia TV3, beliau bergandingan bersama Fattah Amin. Drama ini diadaptasi daripada novel karya Waniey Zakaria dengan tajuk sama.

Sebelum berlakon dalam Hello Mr. Perfect, Ruhainies terlebih dahulu berlakon dalam beberapa drama, antaranya ialah Si Montel dan Sopeah Jin.

Pada tahun 2016, Ruhainies telah muncul dalam drama Menantu Ting Tong yang bersiaran di TV3. Ruhainies yang memegang watak utama dalam drama tersebut digandingkan dengan Azrel Ismail sebagai watak utama.



Beliau juga membintangi drama Bagaikan Kelip-Kelip sebagai pelakon utama membawa watak Marlina dan turut sama menjayakan drama ini ialah Ben Amir, Aishah Azman serta barisan pelakon yang lain.

Pada tahun 2017, Ruhainies muncul dalam telefilem bertajuk Katakan Tidak Pada Cinta yang bersiaran di TV2 pada 7 Mac 2017. Ia juga dibintangi oleh Azrel Ismail, Syuk, Fatimah Az-Zahra dan pelakon lain. Pada Jun 2017, beliau muncul dengan drama bertajuk Menantu Bilal yang mula bersiaran pada 2 Jun 2017 di TV3 menggantikkan drama Cucu Tauke Beras. Ia turut dibintangi oleh Amar Asyraf, Syazwan Zulkifli, Nazeera Sardi, Talha Harith dan banyak lagi.

Dalam tahun 2018, Ruhainies muncul dalam dua siri drama, Tak Ada Cinta Sepertimu sebagai Bella dan Cinta Lemon Madu sebagai Haida serta telefilem Matilahnak sebagai Hannah Delicious.

Beliau muncul dalam dua telefilem, Ustaz Rock dan Ara serta siri drama Bisikan Cinta Ramadan. Pada tahun 2020, beliau bakal muncul dalam filem Seandainya Kau Ada.



Biodata Artis Ruhainies Farehah

Ruhainies Farehah
Ruhainies pada November 2015.
Kelahiran
Nur Ruhainies Farehah Binti Zainul Ilyas

27 Julai 1992 (umur 28)

Kepala Batas, Pulau Pinang, Malaysia
Nama lain Ruhainies
Pendidikan Pelancongan
Pusat pendidikan Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Pekerjaan Pelakon, model, duta
Tahun aktif 2014–kini
Ibu bapa
  • Zainul Ilyas Zainul Abidin (bapa)
  • Che Bunga Salleh (ibu)
Saudara
  • Rahimah Sadrina (kakak)
  • Risteena Munim (kakak)
  • Riesha Sharmin (adik)
  • Nul Aiman (adik)

FOTO

Biodata Artis Ruhainies Farehah

 

Biodata Artis Ruhainies Farehah


Baca Artikel Menarik



Layari Laman Facebook MYKMU NET


Eyka Farhana cantik macam Amyra Rosli




Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker