MB, Exco Johor sumbang 3 bulan gaji perangi Covid-19

MB, Exco Johor sumbang 3 bulan gaji perangi Covid-19

MB, Exco Johor sumbang 3 bulan gaji perangi Covid-19

JOHOR BAHRU: Menteri Besar Johor, Hasni Mohammad, memaklumkan beliau dan semua barisan Exco bersetuju menyumbangkan tiga bulan gaji ke Tabung Bencana Negeri.

Hasni dalam kenyataan berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat mingguan semalam.

“Sumbangan bagi gaji bulan Jun hingga Ogos 2021 ini akan digunakan untuk mempertingkatkan keupayaan tahap kesihatan awam negeri ini dalam mendepani dan memutuskan rantaian pandemik Covid-19,” katanya.



Beliau berkata, sejak ditubuhkan tahun lalu ekoran penularan Covid-19, Tabung Bencana Negeri Johor sudah menerima sebanyak RM44.83 juta dalam bentuk wang tunai dan peralatan daripada pelbagai pihak.

“Sehingga kini, sebanyak RM41.65 juta sumbangan sudah digunakan untuk manfaat rakyat,” katanya.

Hasni berkata, bagi menambah dana dan meningkatkan kapasiti kesihatan awam di Johor, beliau mengajak semua ADUN di Johor untuk bersama menyumbang sebahagian daripada elaun diterima masing-masing ke dalam tabung bencana berkenaan untuk membantu rakyat.

“Saya juga ingin menyeru pihak swasta, korporat, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan individu yang prihatin untuk menyumbang ke dalam tabung berkenaan bagi membantu dan memberi manfaat kepada lebih ramai pihak yang memerlukan.



“Saya juga ingin menasihati rakyat Johor supaya sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan dalam memutuskan rantaian pandemik Covid-19 ini,” katanya. FMT

MB, Exco Johor sumbang 3 bulan gaji perangi Covid-19


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


MB, Exco Perak sumbang tiga bulan gaji pada Tabung Bencana COVID-19



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker