MB, Exco Perak sumbang tiga bulan gaji pada Tabung Bencana COVID-19


IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad dan 10 Exco bersetuju menyumbangkan gaji masing-masing selama tiga bulan kepada Tabung Bencana COVID-19.

Menurut Saarani, sumbangan itu sedikit sebanyak diharapkan dapat membantu golongan yang terkesan sepanjang pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh.

“Sumbangan ini membabitkan Menteri Besar Perak dan dipersetujui oleh 10 Exco yang lain, untuk kita sumbangkan kepada Tabung Bencana COVID-19.

“Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Penasihat Undang-Undang Negeri Perak dan Pegawai Kewangan Negeri Perak, mereka akan ikut seperti mana yang diputuskan untuk kakitangan kerajaan (seperti yang diumumkan kerajaan sebelum ini),” katanya kepada wartawan dalam sidang media secara maya selepas mempengerusikan Mesyuarat Kerajaan Negeri, di sini pada Rabu.

Selain Perak, jirannya, Pulau Pinang turut mengumumkan sumbangan sebulan gaji Ketua Menteri dan Exco kerajaan negeri kepada Tabung COVID-19.

Pada Isnin, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan setibagai tanda sokongan, barisan jemaah Menteri bersetuju untuk tidak mengambil gaji selama tiga bulan mulai Jun ini.

Meunurut Muhyiddin, gaji yang tidak diambil akan disumbangkan ke dalam Akaun Amanah Bencana Negara sebagai membiayai perbelanjaan berkaitan COVID-19.

Dalam perkembangan sama, sebahagian Imbuhan Tetap Keraian (ITK) bagi Pengurusan Tertinggi dan Gred 44 hingga Gred 56 serta Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) bagi Gred 29 hingga Gred 41 yang dinikmati oleh penjawat awam ketika iniakan disumbangkan kepada Akaun Amanah Bencana dalam tempoh tiga bulan.

Sumbangan membabitkan lebih 800,000 penjawat awam itu bagaimanapun tidak termasuk petugas barisan hadapan serta penjawat awam Gred 1 hingga Gred 28 yang dianggarkan berjumlah lebih RM30 juta. Awani

Saya hanya bergurau, kata Faizal

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker