Tangan tersangkut dalam lubang saluran



Sebaran :

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki terpaksa menahan sakit kira-kira 45 minit setelah tangannya terlekat di dalam lubang saluran dalam kejadian Jalan Pulai Tuah, Skudai di sini malam semalam.

Dalam kejadian pukul 7.40 malam itu, lelaki berusia 37 tahun itu sedang berusaha untuk mengambil barang berharga yang terjatuh ke dalam lubang berkenaan hingga menyebabkan tangannya tersekat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Skudai, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Riduan Akhyar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.44 malam berhubung kejadian tersebut.



Setibanya di lokasi kejadian, terdapat seorang lelaki yang tangan kanannya terlekat di dalam lubang saluran hingga ke paras siku manakala besi penutup saluran itu terlekat di sikunya.

“Bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan tangan mangsa menggunakan peralatan khas. Tugas sedikit rumit memotong besi tersebut dalam masa sama memastikan mangsa tidak tercedera.

“Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan serius hanya sedikit calar-balar di tangannya sahaja,” katanya kepada pemberita hari ini.-K! ONLINE



Semalaman terperangkap dalam lubang


Sebaran :


Leave a Reply