Surat saksi rentas negeri palsu – Di Lelong

 

 

Surat saksi rentas negeri palsu - Di Lelong

Surat saksi rentas negeri palsu – Di Lelong

PETALING JAYA: Polis menahan seorang lelaki disyaki terlibat aktiviti penipuan dan pemalsuan surat panggilan saksi yang dikeluarkan oleh pegawai penyiasat polis bagi tujuan merentas negeri untuk dijual dalam laman sosial WeChat Khamis lalu.

Surat yang dijual pada harga RM100 hingga RM200 sekeping itu kemudian digunakan mereka yang bertujuan merentas negeri dalam tempoh sekatan pergerakan penuh ketika ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Adzli Abu Shah, berkata, lelaki berusia 23 tahun itu ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di sebuah pasar raya di Plaza Kesidang, Kampung Lapan, Melaka, pada 9 pagi.

Katanya, polis turut merampas sebuah telefon bimbit yang digunakan suspek untuk berkomunikasi dengan pelanggan melalui WeChat berkaitan aktiviti jenayahnya itu.

Beliau berkata, tangkapan tersebut dilakukan selepas polis menerima maklumat berkaitan satu iklan dimuat naik dalam akaun WeChat, menawarkan penjualan surat panggilan saksi untuk menghadirkan diri ke IPD Kuala Muda.

“Polis merampas sebuah telefon bimbit digunakan oleh suspek untuk berkomunikasi dengan pelanggan melalui WeChat berkaitan dengan penjualan surat panggilan saksi yang dipalsukan itu.

“Tangkapan itu dibuat susulan maklumat mengenai satu iklan yang dimuat naik di Wechat yang menawarkan penjualan surat panggilan saksi untuk menghadirkan diri ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Petani,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Adzli berkata, pada asalnya surat panggilan saksi itu dikeluarkan pegawai penyiasat kepada satu penama beralamat di Ipoh, Perak, yang dipanggil untuk membantu siasatan kes mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, katanya, surat itu dipalsukan oleh suspek untuk dijual kepada orang ramai yang memerlukan bagi kegunaan merentas negeri.

“Kegiatan sindiket ini terbongkar selepas suspek tersebut ditahan dan polis masih giat menjejaki rakan-rakan sejenayah suspek.

“Hasil semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai 19 rekod kesalahan lampau melibatkan kes jenayah penipuan menawarkan pinjaman wang melalui ‘online’ yang tidak wujud di sekitar Lembah Klang dan pernah ditangkap serta telah dituduh bawah Seksyen 424 Kanun Keseksaan,” katanya.

Adzli berkata, polis sudah membuka kertas siasatan berhubung kes itu dan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan.

Katanya, suspek kini ditahan reman selama empat hari bermula Jumaat hingga Isnin.

Surat saksi rentas negeri palsu – Di Lelong


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET

Polis hanya terima surat dari kementerian dan agensi ini sahaja

 


Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker