Resepi bingka labu berkeju sedap

Sebaran :

Resepi bingka labu berkeju sedap
Resepi bingka labu berkeju sedap

Sedapnya kuih bingka labu berkeju ini. Sesuai dijadikan sajian sarapan atau minum petang keluarga. Cara membuatnya mudah dan tidak renyah. Bahan-bahan pun mudah didapati. Jom cuba resepi bingka labu berkeju yang dikongsi oleh Evelyn Gemina ini.

BAHAN A :

  • 5 biji telu
  • 170 gm gula ising-ayak

BAHAN B :

  • 1sudu kecil esen vanila
  • 1/2 sudu kecil garam

BAHAN C :

  • 240 gm tepung gandum -ayak
  • 160 gm labu kuning- parut

BAHAN D :

  • 200 gm mentega- cairkan

BAHAN E :

  • Parutan keju cedar

CARA :



  1. Panaskan ketuhar pada suhu 170C.
  2. Sediakan loyang bersaiz 9 inci. Kalau nakkan bingka yang tinggi, guna saiz 8 inci. Gris dan alaskan dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
  3. Dalam mangkuk pengadun, pukul bahan A hingga kembang.
  4. Masukkan bahan B, pukul sebati.
  5. Kemudian, masukkan bahan C, pukul lagi. Masukkan pula bahan D sedikit demi sedikit dan pukul sebati.
  6. Tuang adunan ke dalam loyang yang disediakan. Bakar selama 30 minit atau hingga kek masak. Lebih kecil loyang yang digunakan lebih lama masa yang diperlukan untuk masak.
  7. Apabila kek sudah masak, taburkan bahan E di atasnya.

Resepi oleh Evelyn Gemina

Resepi bingka labu berkeju sedap


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET

 

Resepi fudgy brownies simple dan sedap


Sebaran :

Leave a Reply