#SPM2021: Tanda pagar SPM2021 ‘trending’ di Twitter

#SPM2021: Tanda pagar SPM2021 ‘trending’ di Twitter

#SPM2021: Tanda pagar SPM2021 ‘trending’ di Twitter

Tanda pagar SPM2021 menjadi sohor kini di laman Twitter sejurus Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin mengumumkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2021 akan dilaksanakan pada Mac tahun depan.

Kebanyakan mereka memberi respon berhubung pengumuman Radzi berkaitan ujian lisan dan amali sains yang akan dilaksanakan pada Februari 2022, manakala ujian bertulis pada Mac 2022.

Rata-rata mereka meluahkan rasa terkejut serta memberikan sokongan terhadap rakan sebaya masing-masing supaya terus bersemangat untuk menghadapi peperiksaan tersebut.

“Macam tak percaya. Saya cuma mahu tahu bila sekolah akan dibuka, itu sahaja,” kata seorang netizen @balisbatrisya.

“Tak mengapa batch04, semua akan okey. Terus bersemangat, berusaha dan belajar bersama untuk memahami format baharu SPM 2021,” ujar @nr4drysri.

Tanda pagar itu turut digunakan beberapa netizen yang dipercayai merupakan pelajar SPM tahun 2020 yang mengalami nasib sama apabila perlu menduduki peperiksaan penting itu pada awal tahun ini berikutan pandemik Covid-19.

“Semoga berjaya semua. Buktikan pada orang ramai, kita bukan pelajar ‘tikus makmal’,” kata seorang lagi netizen @amerulam. – K! ONLINE

SPM 2021 djangka Mac tahun depan

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan untuk melaksanakan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 pada Mac tahun depan.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, pengalaman menguruskan SPM 2021 membolehkan kementerian menganjakkan peperiksaan itu.

“Ujian lisan dan amali sains akan bermula Februari 2022, manakala ujian bertulis pada bulan Mac,” katanya dalam sidang akhbar khas, sebentar tadi

#SPM2021: Tanda pagar SPM2021 ‘trending’ di Twitter


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


[VIDEO]”Allah..Beratnya Ujian Adik”..Sedihnya, Lepas Habis Duduki SPM, Pelajar Ini Baru Dapat Tahu Ayahnya Sudah MeninggaI Dunia.

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker