Putar Lagu Arwah Siti Sarah, Ajak Shiro Punca Shuib Mengalir Air Mata, Terdiam

Putar Lagu Arwah Siti Sarah, Ajak Shiro Punca Shuib Mengalir Air Mata, Terdiam

VIDEO memperlihatkan reaksi pelawak Shuib ketika radio memutarkan lagu Allahyarham isterinya, penyanyi Siti Sarah Raisuddin mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen.

Menerusi video perkongsian rakannya, Ajak Shiro di Instagram, Shuib hanya memaling muka tanpa berkata apa-apa saat mendengar lagu nyanyian arwah isteri tercinta.



“Kau cekik air mata aku pagi-pagi Jak,” tulis Shuib secara ringkas.

Rata-rata netizen turut berasa sebak melihat reaksi wajah Shuib, malah ada juga di antara mereka yang memahami apa yang dilalui oleh pelawak berkenaan.

Sebelum itu, Ajak dan Shuib berkongsi topik mengenai ibu hamil yang sedang mengidam di segmen pagi di radio.

Shuib turut berkongsi mengenai kenangan manis bersama arwah isterinya yang dikatakan mengidam pelik seperti ingin merasa sabun.



Malah, Shuib turut memberitahu isterinya juga pernah mengidam untuk makan daging Wagyu ketika sedang hamil anak bongsu mereka iaitu Ayash Affan.

“Mengidam hendak makan daging Wagyu. Dia ketap bibir sambil telan air liur dan ketika hamil Ayash Affan ni dia memang suka sangat makan daging Wagyu.

“Dan hari tu masa dia minta tu, sememangnya Alhamdulillah dapat ditunaikan dan dia terlalu seronok sangat makan daging tu. Seronoknya, Ya Allah, dapat jugak ditunaikan,” cerita Shuib. — Gempak

Putar Lagu Arwah Siti Sarah, Ajak Shiro Punca Shuib Mengalir Air Mata, Terdiam



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Balqis & Ibu Jumpa Pakar Psikiatri, Disahkan Hidap PTSD



It’s None Of Your Business– Zul Ariffin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker