Keras kepala tambak laut, penduduk akan tunjuk DAP pintu keluar dari P Pinang, kata pemimpin PKR

Keras kepala tambak laut, penduduk akan tunjuk DAP pintu keluar dari P Pinang, kata pemimpin PKR

Keras kepala tambak laut, penduduk akan tunjuk DAP pintu keluar dari P Pinang, kata pemimpin PKR

Seorang pemimpin PKR Pulau Pinang mengingatkan kerajaan negeri pimpinan DAP bahawa mereka akan kehilangan kuasa pada pilihan raya akan datang jika terus melaksanakan Projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSR).

Pengarah Komunikasi PKR Bukit Bendera, Mah Kong Lip, berkata DAP sebelum ini bersungguh-sungguh menentang penambakan tanah dan penebangan hutan.



Katanya, namun kini parti itu bertindak sebaliknya.

“Saya percaya bahawa majoriti penduduk Pulau Pinang pencinta alam sekitar dan mereka tidak akan teragak-agak menunjukkan pintu keluar kepada DAP sekiranya mereka (DAP) masih terlalu keras kepala untuk mendengar suara orang ramai,” kata Mah dalam kenyataan.

Beliau berkata, masa depan Pulau Pinang terletak di tangan pengundi dan jika kerajaan DAP terlalu leka, “maka sudah tiba masanya pihak lain diberi peluang untuk memimpin Pulau Pinang.”

Kenyataan Mah muncul beberapa hari selepas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar meminta Putrajaya dan Pulau Pinang membatalkan projek itu, yang melibatkan pembentukan tiga pulau buatan manusia di pantai selatan Pulau Pinang, dan sebaliknya fokus untuk membendung wabak Covid-19.

Nurul Izzah berkata, beliau dan rakan pimpinan parti pada mulanya menyokong projek itu tetapi mula khuatir apabila Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang diubah untuk merangkumi lebuh raya mega, LRT, monorel, Skycab dan melibatkan penambakan tanah.



Ini menyebabkan Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari dari DAP mengatakan, projek itu diperlukan pada waktu sekarang lebih dari sebelumnya kerana ia akan menjadi pemangkin pemulihan ekonomi pasca Covid-19 Pulau Pinang.

PKR dan DAP kedua-duanya adalah sekutu dalam kerajaan negeri Pakatan Harapan. DAP mempunyai lapan kerusi di Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan PKR memegang tiga, termasuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman sebagai Timbalan Ketua Menteri I.

Dalam DUN yang dianggotai 33 ahli, DAP memiliki 19 kerusi, PKR 12 dan Amanah dua. Pembangkang terdiri daripada Perikatan Nasional (lima) dan Barisan Nasional (dua). FMT

Keras kepala tambak laut, penduduk akan tunjuk DAP pintu keluar dari P Pinang, kata pemimpin PKR


Baca Artikel Menarik



Layari Laman Facebook MYKMU NET


Pulau Pinang digesa batalkan projek tambak laut



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker