Keputusan PRU15 masih belum diwartakan

PUTRAJAYA – Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) masih belum diwartakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berikutan proses pengundian P017 Padang Serai masih berjalan.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman Facebook SPR pada Rabu menjelaskan sebarang keraian berkaitan pilihan raya adalah tidak dibenarkan mengikut Akta Pilihan Raya 1957.

“Urusan PRU15 belum selesai sepenuhnya ya. Jangan lupa Parlimen Padang Serai masih belum selesai. Jadi ia bermaksud SPR tidak boleh wartakan lagi keputusan PRU15.



“Kalau hendak buat makan-makan, kenduri kendara, biarlah selesai (PRU15) dahulu,” kata petugas SPR di dalam rakaman tersebut.

Proses pilihan raya P017 Padang Serai ditangguhkan kepada 7 Disember depan susulan kematian salah seorang calon yang bertanding.

Calon PH Padang Serai, M Karupaiya, 69, dilapor meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Kulim, Kedah pada jam 2.27 petang Rabu minggu lalu.

Turut ditangguhkan kepada tarikh sama, proses pengundian Dewan Undangan Negeri (DUN) N42 Tioman kerana calon Perikatan Nasional (PN), Md Yunus Ramli meninggal dunia di Hospital Rompin, beberapa jam sebelum proses pengundian, Sabtu lalu.



PRU15 yang berlangsung 19 November lalu menyaksikan tiada parti politik memperoleh majoriti 50 peratus daripada 219 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.

Pakatan Harapan (PH) memperoleh 76 kerusi Parlimen, Perikatan Nasional (PN) memperoleh 51 kerusi, BN (30), Gabungan Parti Sarawak (GPS) (23), Pas (22), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) (enam), DAP (lima) dan Warisan (tiga).

Muda dan Parti Bangsa Malaysia (PBM) masing-masing memperoleh satu kerusi Parlimen manakala Bebas dua.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cara Hilangkan Dakwat Mengundi



Punca kekalahan Nurul Izzah

Langkah GRS seperti isytihar perang terhadap BN Sabah



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker