Jangan diam diri saja, Najib beritahu kerajaan berkait isu minyak masak

Najib Razak berkata, kerajaan perlu mengambil langkah sewajarnya bagi menangani isu kenaikan harga minyak masak ketika ini.

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri, Najib Razak menggesa kerajaan mengambil langkah segera menangani kenaikan harga minyak masak demi melindungi dan meringankan beban rakyat, terutama ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) penuh.

Beliau berkata demikian selepas Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia menggesa kerajaan menyiasat segera mengenal pasti punca sebenar kenaikan harga minyak masak 5kg hampir RM5.

Najib berkata, kenaikan harga itu lebih dahsyat hari ini berbanding 2016, ketika zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN) yang dikecam pelbagai pihak, termasuk pemimpin pembangkang daripada Pakatan Harapan (PH).

“Sekarang harga minyak masak naik lagi dahsyat berbanding 2016, peluang bagi penyeludupan amat kecil setelah sempadan negara ditutup ketat akibat pandemik dan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sudah dimansuhkan lebih tiga tahun.

“Jadi, apakah langkah kerajaan Perikatan Nasional untuk melindungi dan meringankan beban rakyat? Jangan berdiam diri sahaja, ambillah langkah sewajarnya. Ataupun dulu kamu (ketika dalam PH) hanya tahu kecam dan salahkan saya dengan air liur sahaja,” katanya di Facebook.

#Daulat Tuanku trending di Twitter lambang kesetiaan rakyat

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, pada 2016, harga minyak masak naik buat kali pertama dalam tempoh 10 tahun, susulan lonjakan harga minyak sawit dunia yang memaksa kerajaan BN ketika itu mengehadkan subsidi paket minyak masak 1kg bagi membanteras penyeludupan ke negara jiran.

“Oleh itu, harga minyak masak yang tidak diberi subsidi pada masa itu naik kerana mengikut harga pasaran.”

Terdahulu, FMT melaporkan FOMCA mendesak kerajaan segera campur tangan dalam isu kenaikan mendadak harga minyak masak dan mempertimbangkan ia dimasukkan dalam senarai harga barangan kawalan.

Tinjauan di beberapa lokasi sekitar Selangor mendapati harga minyak masak 5kg ketika ini dijual pada harga RM28.90 hingga 31.90 berbanding RM23.90 hingga RM27.90 pada Ramadan lalu.

Ternyata pemansuhan GST satu kesilapan besar – Najib

Jangan diam diri saja, Najib beritahu kerajaan berkait isu minyak masak


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Buku Masakan Rahsia Diet Pelakon Klasik Marilyn Monroe Dilelong RM309,654

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker