Siapa dalam Umno mahu kerjasama dengan Bersatu – soal Zahid

Siapa dalam Umno mahu kerjasama dengan Bersatu – soal Zahid

Ahli Umno diseru menilai semula kerjasama dengan Muhyiddin Yassin selepas pertemuan Presiden Bersatu itu dengan Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini, kata Zahid Hamidi susulan dakwaan beliau mahu bekerjasama dengan seteru Umno untuk kembali menjadi PM.

Zahid berkata walaupun Umno tidak sempurna, tetapi parti itu tidak terdesak untuk menjual prinsip untuk kembali berkuasa.

“Mahukah kita terus bekerjasama dengan parti sedemikian?

“Umno ini tidak sempurna. Tetapi kita tidaklah terdesak, menjual prinsip dan sanggup melakukan apa sahaja semata-mata mahu menebus malu dan menggenggam kuasa,” katanya di Facebook.

Jumaat lalu, Dr Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi Pejuang berkata Muhyiddin menemuinya untuk meminta bantuan mendapatkan semula jawatan perdana menteri.

Selain Mahathir, Presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal turut mendedahkan Muhyiddin menghubunginya untuk mendapatkan sokongan bagi membolehkannya menjadi perdana menteri sekali lagi.

Dalam pada itu, Zahid berkata perjumpaan Muhyiddin dengan Mahathir membongkar niat sebenar Presiden Bersatu itu.

“Kita fikir mereka berdiri atas ideologi. Rupa-rupanya semua demi kepentingan peribadi.

“Presiden Bersatu juga dilaporkan mengadakan pertemuan dengan Presiden PKR baru-baru ini walaupun tidak ada butiran lanjut,” katanya. FMT

Siapa dalam Umno mahu kerjasama dengan Bersatu – soal Zahid


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengku Hassanal Kongsi Momen Bertemu Tengku Aleya, Sempat Kena ‘Sound’ Dengan Raja Permaisuri Agong

Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri, Tak Guna Sebarang Sos Pun

Laptop Tak Mampu Beli, Tapi Pakai iPhone – Rani Kulup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker