PRU15: PH boleh ‘rampas kuasa’ jika PN-MN berpecah

Gabungan paling ideal UMNO-PAS-Bersatu untuk menang majoriti

Tidak mustahil gabungan Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN) memenangi kerusi majoriti, sekiranya kerjasama antara UMNO, PAS dan Bersatu diteruskan sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ini kerana, gabungan tiga parti Melayu itu dilihat paling ideal dan kukuh untuk memenangi majoriti kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN), kata penganalisis politik, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod.

Bagaimanapun, beliau menjangkakan idealisme itu mungkin gagal dicapai setelah melihat kepada konteks percaturan politik yang berlaku, terutama rasa tidak puas hati UMNO terhadap Bersatu dan beberapa kenyataan pemimpin parti terbabit.

“Kesannya ialah peluang lebih luas untuk pembangkang khususnya gabungan Pakatan Harapan (PH) untuk merampas kerusi yang banyak dan kemungkinan juga menafikan majoriti PN dan MN pada PRU15.

“Dalam suasana kaum Cina yang masih memberi banyak sokongan kepada DAP, kesukaran MN dan PN memenangi kerusi bandar semakin jelas,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Kerjasama politik: Ada perbincangan antara pimpinan PKR-UMNO, masih terlalu awal – Anwar

Walaupun kaum India mula menunjukkan sokongan kepada PN, beliau bagaimanapun merasakan suasana PRU15 nanti mungkin berbeza, apatah lagi percaturan di Sabah dan Sarawak akan berlainan daripada Semenanjung.

Bahkan, Dr Nik Ahmad Kamal menjangkakan berlaku dua kemungkinan sekiranya PH kembali memerintah negara.

“Suasana PRU14 mungkin berulang dengan dasar yang mereka pernah jalankan selama 22 bulan meneraju kerajaan. Mereka akan kuasai jawatan penting dan mungkin berulang seperti zaman PH dulu.

“Namun, kita tidak boleh menafikan jika PH kembali berkuasa, mereka telah belajar daripada kesilapan selama 22 bulan sebagai kerajaan, dan tentu berusaha untuk tidak ulangi kesilapan lalu,” katanya.

Bagaimanapun, beliau percaya orang Melayu juga telah mengambil pelajaran atas kesilapan dahulu kerana mengundi PH menjadi kerajaan.

“Maka, mungkin ramai akan tidak memberi undi kepada calon PH,” katanya.

Susah jika tujuan Anwar semata-mata untuk jadi PM – Isham Jalil

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker