#Daulat Tuanku trending di Twitter lambang kesetiaan rakyat



Sebaran :

#Daulat Tuanku trending di Twitter lambang kesetiaan rakyat

#Daulat Tuanku trending di Twitter lambang kesetiaan rakyat

Tanda pagar Daulat Tuanku sohor kini di laman media sosial Twitter tadi selepas rata-rata rakyat menzahirkan ucapan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka hari ini.

Rata-rata rakyat menzahirkan ucapan tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selain turut mendoakan Seri Paduka terus dikurniakan kesihatan yang baik.



Berdasarkan tinjauan Kosmo! di Twitter tadi, #Daulat Tuanku mendapat ciapan hampir 1,600 pengguna setakat ini.

Turut membuat ciapan itu ialah Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba yang menzahirkan sembah ucapan tahniah kepada Al Sultan Abdullah.

“Merafak sembah dan setinggi ucapan tahniah kepada Seri Paduka Baginda sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Tuanku. Daulat Tuanku,” ciapnya.



Bagi @bccutp,pihaknya menzahirkan ucapan kepada Seri Paduka dengan mendoakan baginda dan kerabatnya sentiasa dirahmati oleh Allah SWT.

“Semoga terus dilindungi daripada pandemik dan kekal memegang takhta dengan bermaruah, berdaulat dan dikurniakan kesejahteraan,” tulisnya. K Online

#Daulat Tuanku trending di Twitter lambang kesetiaan rakyat

 


Baca Artikel Menarik



Layari Laman Facebook MYKMU NET


Rakyat diharap terus istiqamah dan berdisiplin patuhi SOP – Agong


Sebaran :


Leave a Reply