Nia Ramadhani Jatuh Basikal Hingga Lebam Kaki..“Saya Macam Badut Sarkas Tahu Tak?”

Nia Ramadhani Jatuh Basikal Hingga Lebam Kaki..“Saya Macam Badut Sarkas Tahu Tak?”

Nia Ramadhani Jatuh Basikal Hingga Lebam Kaki..“Saya Macam Badut Sarkas Tahu Tak?”

PELAKON Nia Ramadhani mengalami kecederaan pada bahagian kaki selepas terjatuh basikal ketika sedang bersiar-siar di Magelang, Indonesia.

Insiden itu berlaku semasa Nia bersama dua individu lain sedang mengayuh basikal semasa rakaman program Nyonya Boss, baru-baru ini.

Nia Ramadhani Jatuh Basikal Hingga Lebam Kaki..“Saya Macam Badut Sarkas Tahu Tak?”

“Basikal pemandu pelancong ada di depan, kemudian basikal saya dan di belakang adalah Kak Gita… tiba-tiba saya tak boleh kawal basikal kerana topi mahu tercabut.

“Saya terus pegang topi kerana mahu terbang ditiup angin. Saya macam badut sarkas tau tak? Apa lagi, terus jatuhlah!” katanya.

Rakaman video memalukan itu telah dimuat naik di akaun YouTube Trans TV Official, baru-baru ini.

LIHAT VIDEO DIBAWAH DI HUJUNG ARTIKEL

Video memperlihatkan pelakon sinetron Bawang Merah Bawang Putih ini tersungkur di atas jalan tar itu dirakam kamera keselamatan sebuah kenderaan yang mengekori dari belakang.

Nia Ramadhani Jatuh Basikal Hingga Lebam Kaki..“Saya Macam Badut Sarkas Tahu Tak?”

Nia bagaimanapun bersyukur kerana semasa kejadian jalan raya lengang dan sunyi tanpa kenderaan.

Namun, dia mengalami kecederaan ringan iaitu lebam pada bahagian betis.

“Nak tengok hasil (kemalangan) itu?” katanya sambil menunjukkan kakinya yang kelihatan lebam.

Lebih melucukan, Nia berkata orang sekelilingnya hanya ketawa apabila melihat insiden tersebut, malah pembantunya berharap aksi jatuh basikal itu sempat dirakam kamera.

“Selepas saya jatuh itu, semua orang ketawa. Ada pembantu yang keluar kereta yang mengikut dari belakang bertanya… aduh ada ambil (rakaman) itu tak?” ceritanya.

SUMBER: Suara 

Nia Ramadhani Jatuh Basikal Hingga Lebam Kaki..“Saya Macam Badut Sarkas Tahu Tak?”


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Nia Ramadhani suka pamerkan foto seksi di media sosial

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker