Rekod bedah siasat timbulkan persoalan akauntabiliti polis



Sebaran :

Rekod bedah siasat timbulkan persoalan akauntabiliti polis
3 kes kematian dalam tahanan dalam tempoh 15 hari baru-baru ini mencetus gesaan siasatan bebas dijalankan.

Rekod bedah siasat timbulkan persoalan akauntabiliti polis

PETALING JAYA: Walaupun keputusan menggesa polis melakukan siasatan terhadap kematian dalam tahanan disambut baik, isu keseluruhan di sebaliknya adalah sama ada polis mampu bersikap telus dalam menjalankan siasatan terhadap diri sendiri, kata sebuah kumpulan hak asasi.

Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia Malaysia (Hakam) mempersoalkan sama ada siasatan oleh unit dalaman polis mampu dilakukan secara bebas dan tidak menimbulkan keraguan berikutan banyak alasan yang diberikan oleh polis dalam menjelaskan kes kematian yang berlaku sebelum ini.



“Kebimbangan serius ini timbul karena kurangnya ketelusan dan pertanggungjawaban dalam siasatan bedah siasat ke atas si mati,” kata presiden Hakam, Gurdial Singh Nijar dalam satu kenyataan.

“Menurut laporan, dari 2011 hingga 2018, sejumlah 104 kematian dalam tahanan dicatatkan. Sebab yang diberikan ialah 56 kes ‘perubatan’, lapan ‘bunuh diri’, dua ‘kemalangan’, empat oleh ‘objek tumpul’ dan 34 ‘tidak diketahui’. ”

Mahathir dipanggil menghadap Agong Khamis ini – Pejuang

Katanya, kebimbangan mengenai sikap tidak memihak tidak akan timbul sekiranya Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis (IPCMC) dibentuk kerana badan tersebut akan terpisah sepenuhnya daripada polis.



Minggu lalu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengarahkan polis dan pihak berkuasa lain yang berkaitan supaya menjalankan siasatan berhubung peningkatan kes kematian dalam tahanan.

Keputusan itu diambil berikutan lonjakan angka kematian dalam tahanan, sekali gus mencetus gesaan siasatan bebas dijalankan.

Kes pertama membabitkan seorang pengawal keselamatan S Sivabalan yang meninggal dunia di Balai Polis Gombak pada 20 Mei, diikuti kematian Surendran Shanker seminggu kemudian di hospital Kluang setelah ditahan di penjara Simpang Renggam, Johor.



Pada 3 Jun, seorang pemandu lori Umar Faruq Abdullah meninggal dunia di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan setelah terjun dari tingkat dua bangunan tersebut.

 

Selepas Ceroboh Ruang Udara China Ceroboh Pula Perairan Negara

Rekod bedah siasat timbulkan persoalan akauntabiliti polis


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET




Moratorium Automatik: NGO Melayu Islam desak kerajaan paksa bank

 


Sebaran :


Leave a Reply