Moratorium Automatik: NGO Melayu Islam desak kerajaan paksa bank

Moratorium Automatik: NGO Melayu Islam desak kerajaan paksa bank

Gabungan NGO Melayu dan Islam hari ini menggesa Putrajaya mengarahkan institusi kewangan negara termasuk syarikat pemberi pinjaman berlesen dan syarikat kredit supaya memberi moratorium kepada peminjam B40 serta M40.

Dalam satu kenyataan bersama membabitkan 28 NGO, gabungan itu berkata moratorium automatik merupakan talian hayat kepada golongan yang terjejas ketika ini.



Koordinator gabungan Melayu Islam itu, Ahmad Yazid Othman, berkata bantuan yang diberikan setakat ini jauh lebih rendah daripada garis kemiskinan kebangsaan iaitu RM2,208 jadi moratorium automatik amat diperlukan sekarang.

“Kabinet Malaysia digesa mengarahkan pihak pemberi pinjaman seperti bank, peminjam berlesen, syarikat kredit, koperasi dan seupamanya, memberikan moratorium automatik dan tanpa syarat kepada semua golongan B40 dan M40 selama enam bulan lagi tanpa mengenakan sebarang faedah atau keuntungan tambahan termasuk apa jua bentuk caj sepanjang tempoh berkenaan.

Migran disembur Dettol, aktivis ingatkan cara layanan pada rakyat Palestin



“Moratorium automatik amat diperlukan oleh semua rakyat disebabkan pihak kerajaan tidak mampu memberikan bantuan tunai yang setimpal dengan kos kerugian yang ditanggung oleh semua rakyat yang berupaya untuk meringankan beban dan aliran tunai mereka.

“Bantuan yang diberikan setakat ini jauh lebih rendah daripada garis kemiskinan kebangsaan RM2,208,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz memaklumkan kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk memaksa pihak bank memberi moratorium automatik kepada peminjam.

Katanya, moratorium automatik adalah perkara “hidup atau mati” dari segi menyambung kehidupan harian dan mampu menghindar daripada terjebak hutang ah long.



Isu feri usang: DAP kata MCA akan tenggelamkan semua orang

Moratorium Automatik: NGO Melayu Islam desak kerajaan paksa bank

 


Baca Artikel Menarik



Layari Laman Facebook MYKMU NET


Keras kepala tambak laut, penduduk akan tunjuk DAP pintu keluar dari P Pinang, kata pemimpin PKR

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker