98 kru KD Mahawangsa dijangkiti COVID-19 sebelum belayar – Ismail Sabri

 

98 kru KD Mahawangsa dijangkiti COVID-19 sebelum belayar - Ismail Sabri

98 kru KD Mahawangsa dijangkiti COVID-19 sebelum belayar – Ismail Sabri

Seramai 98 kru Kapal Diraja (KD) Mahawangsa disahkan positif COVID-19, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Ahli Parlimen Bera itu berkata, berdasarkan laporan awal, kesemua anak kapal terbabit telahpun menjalani ujian saringan RTK-Antigen sebelum menaiki kapal berkenaan, dan keputusan awal mendapati mereka negatif.

Bagaimanapun, tambahnya lagi, mereka semua didapati positif sewaktu di atas kapal, dan telah diasingkan untuk rawatan lanjut.

“Sebelum naik kapal dah buat ujian saringan tapi keputusan dia mungkin tiga hingga empat hari baru dapat. Sebelum naik (keputusan ujian) semua negatif, tetapi di atas kapal, mereka positif. Jadi kita telah asingkan mereka dan setakat hari ini tiada apa-apa simptom.

“Mereka telah diasingkan, dah lebih lima hari saya ingat. Selepas sepuluh hari, kalau ujian saringan KKM cakap negatif, maka kita akan tamatkan kuarantin mereka,” katanya lagi.

Ismail Sabri berkata demikian kepada sidang media selepas selesai meninjau hari kedua pelaksanaan PPV Pandu Lalu di Kem Perdana Sungai Besi, di sini hari ini.

Turut menyertai program tinjauan itu ialah Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang, dan Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain.

Ditanya tentang punca jangkitan kepada semua anak kapal berkenaan, Ismail Sabri berkata, ia masih belum dapat dipastikan sepenuhnya.

“COVID-19 kini berada dalam komuniti.. jadi anak kapal ini dijangkiti virus berkenaan sebelum pergi belayar. Mungkin semasa mereka berada di rumah, atau ketika keluar membeli barang di kedai,” tambahnya lagi.-Awani

98 kru KD Mahawangsa dijangkiti COVID-19 sebelum belayar – Ismail Sabri


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


[VIDEO] Kapal Berlanggar: Detik Cemas Pekerja Pelabuhan Kaohsiung Selamatkan Diri Daripada Runtuhan Kren

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker