Pertemuan Agong, pemimpin utama parti politik mungkin sekadar khabar angin

Pertemuan Agong, pemimpin utama parti politik mungkin sekadar khabar angin

Pertemuan Agong, pemimpin utama parti politik mungkin sekadar khabar angin

Belum ada jemputan rasmi, pertemuan Agong, pemimpin utama parti politik mungkin sekadar khabar angin

PUTRAJAYA: Dakwaan kononnya Yang di-Pertuan Agong akan memanggil presiden parti utama menghadap dalam masa terdekat bagi membincangkan isu penamatan proklamasi darurat mungkin sekadar ‘khabar angin’ semata-mata berikutan ramai pemimpin terbabit belum menerima sebarang jemputan rasmi daripada Istana Negara untuk berbuat demikian.

Ini terbukti apabila sehingga kini Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi belum menerima sebarang surat jemputan rasmi untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bagi membincangkan keperluan menamatkan proklamasi darurat dalam tempoh terdekat.

Sumber memberitahu FMT, sehingga kini Pengerusi Barisan Nasional (BN) merangkap Ahli Parlimen Bagan Datoh itu belum menerima sebarang jemputan dari Istana Negara.

Begitu juga dimaklumkan Presiden MIC, S A Vigneswaran ketika dihubungi.

“Tiada. Mungkin jemputan berkenaan hanya membabitkan parti utama sahaja,” ringkasnya ketika dihubungi hari ini.

Seorang pegawai khas Presiden MCA, pula mengesahkan sehingga kini Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong belum menerima jemputan seumpama itu.

Sementara itu, Presiden Gerakan, Dominic Lau Hoe Chai yang turut mengesahkan belum menerima sebarang jemputan seumpama itu percaya perkara itu hanyalah khabar angin dan polemik sengaja ditimbulkan pihak tertentu untuk memberi tekanan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

“Pada saya tiada keperluan untuk kita mempolemikkan soal keperluan persidangan Parlimen kerana apa yang penting sekarang ialah semua pihak termasuk orang politik perlu berganding bahu bagi mengawal kadar jangkitan dan kematian penularan Covid-19, sekali gus menyelamatkan nyawa rakyat.

“Sudah tiba masanya semua parti dan pemimpin politik berhenti berbalah demi kepentingan peribadi dan memberi fokus 100% kepada usaha membantu rakyat yang terkesan pandemik Covid-19.

“Inilah masanya kita menggerakkan seluruh jentera parti untuk turun ke peringkat akar umbi untuk mengenal pasti rakyat terjejas akibat Covid-19 dan menghulurkan bantuan sewajarnya kepada mereka,” katanya.

Terdahulu, sebuah portal melaporkan Yang di-Pertuan Agong akan bertemu dengan pemimpin-pemimpin parti politik utama di negara ini pada 9 hingga 11 Jun 2021.

Menurut beberapa sumber, Yang di-Pertuan Agong dijangka bertemu Presiden Bersatu yang juga Perdana Menteri dalam sesi pertama, diikuti parti-parti lain yang mempunyai perwakilan dalam Dewan Rakyat.

Bagaimanapun sumber tersebut menyatakan ia hanyalah pertemuan bagi mendapat pandangan dan tiada sebarang perencanaan perubahan kerajaan darurat dalam masa terdekat. FMT

Pertemuan Agong, pemimpin utama parti politik mungkin sekadar khabar angin


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Agong berkenan terima menghadap ketua-ketua parti – Khairuddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker