Suami melecur cuba selamatkan isteri

Suami melecur cuba selamatkan isteri

Suami melecur cuba selamatkan isteri

Kuala Terengganu: Lelaki warga emas melecur di kaki dan belakang badan dipercayai cuba menyelamatkan isterinya yang maut dalam kebakaran di Kampung Losong Haji Su di sini, hari ini.

Jusoh Muda, 82, cuba menyelamatkan isteri tercinta, Fatimah Mohd, 79, namun mungkin keadaannya yang uzur membataskan pergerakannya.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu Md Hilman Ab Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.39 pagi sebelum 35 anggota bersama empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu dan Jalan Kota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, rumah kayu yang didiami mangsa sudah terbakar hampir 80 peratus sebelum kerja-kerja pemadaman segera dijalankan.

“Api berjaya dikawal kira-kira 10 minit kemudian dan kita mengambil masa 30 minit untuk memadamkan sepenuhnya kebakaran.

“Rumah didiami pasangan ini musnah 100 peratus manakala dua rumah lagi mengalami kerosakan kira-kira lima peratus akibat kebakaran itu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Md Hilman berkata, pihaknya yakin suami mangsa cuba menyelamatkan isterinya berdasarkan kecederaan dialaminya namun faktor usianya menyebabkan dia tidak berupaya mengeluarkan mangsa.

Katanya, mangsa yang melecur dibawa HSNZ untuk rawatan lanjut manakala mayat mangsa diserahkan kepada polis.

“Setakat ini, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan sementara mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar,Ahmad Shah Muhamed berkata, bantuan sewajarnya akan diberikan kepada tiga mangsa kebakaran di Kampung Losong Haji Su.

“Bagi pihak kerajaan negeri, takziah diucapkan kepada mangsa dan kita akan hubungi mereka untuk bantuan daripada segi rumah dan keperluan lain yang diperlukan,” katanya. HM

Suami melecur cuba selamatkan isteri


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Remaja Melecur Teruk Akibat Ikut Aksi Cabaran Bermain Api Di TikTok [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker