Remaja Melecur Teruk Akibat Ikut Aksi Cabaran Bermain Api Di TikTok [VIDEO] — MYKMU.NET

Remaja Melecur Teruk Akibat Ikut Aksi Cabaran Bermain Api Di TikTok [VIDEO]

Sebaran :

Remaja Melecur Teruk Akibat Ikut Aksi Cabaran Bermain Api Di TikTok [VIDEO]

Remaja Melecur Teruk Akibat Ikut Aksi Cabaran Bermain Api Di TikTok [VIDEO]

SEORANG remaja perempuan kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) hospital Oregon, Amerika Syarikat akibat melecur teruk dialami setelah mencuba aksi di laman sosial TikTok.

Destini Crane, 13 tahun, terbakar di bahagian tangan dan leher selepas kejadian itu pada 13 Mei lepas, lapor ABC News.



Remaja Melecur Teruk Akibat Ikut Aksi Cabaran Bermain Api Di TikTok [VIDEO]

Remaja berkenaan dikatakan mencuba aksi melukis pada cermin bilik mandi menggunakan cecair mudah terbakar sebelum ia meletup dan mengakibatkan dia mengalami melecur tahap ketiga.

“Saya sedang duduk di ruang tamu ketika terdengar Destini menjerit.

“Saya terus ke bilik mandi dan terlihat api sedang marak,” kata ibu mangsa, Kimberly.

Remaja Melecur Teruk Akibat Ikut Aksi Cabaran Bermain Api Di TikTok [VIDEO]

Destini dikejarkan ke hospital dan diletakkan dalam ICU.


Sejak itu dia telah menjalani tiga pembedahan graf kulit dan dijangka akan hanya mampu menggerakkan tangan serta lehernya selepas beberapa bulan.

Global Web Index mendapati, sehingga Februari 2020, dianggarkan TikTok memiliki 800 juta pengguna aktif diseluruh dunia dan di Amerika Syarikat sahaja pada tahun 2020, penggunaan TikTok meningkat dua kali ganda kepada 82 minit sehari pada bulan Februari berbanding 38 minit pada bulan Mei 2019.

Remaja Melecur Teruk Akibat Ikut Aksi Cabaran Bermain Api Di TikTok [VIDEO]

Data tersebut juga menunjukkan 90 peratus pengguna TikTok mengunjungi aplikasi lebih dari sekali sehari.

Rata-rata masa yang dihabiskan dalam aplikasi, menurut TikTok, hampir 5 minit, iaitu lebih lama daripada Snapchat dan Instagram.

@jackjerry

Reply to @despire12 what do you want next? #mirror #hairspray

♬ Circus – Britney Spears

Walaupun 41 peratus pengguna TikTok di seluruh dunia berumur 16 hingga 24 tahun, sepertiga daripada pengguna TikTok di Amerika Syarikat berumur 14 tahun ke bawah.

Kanak-kanak berumur empat hingga 15 tahun yang menggunakan TikTok menghabiskan purata 80 minit sehari di TikTok, berbanding dengan 85 minit sehari menonton video di YouTube.-MailOnline

Remaja Melecur Teruk Akibat Ikut Aksi Cabaran Bermain Api Di TikTok [VIDEO]


Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET


[VIDEO] Khaby Lame, Bintang Parodi Tips TikTok Paling Popular Di Itali


Sebaran :

Leave a Reply

%d bloggers like this: