Resepi sup tulang sedap memukau

Sebaran :


Bagi yang buntu nak masak apa hari ini, apa kata anda cuba resepi sup tulang yang menyelerakan ini.

Bolehlah cuba masak untuk keluarga. Jom lihat cara menyediakan dan bahan-bahan yang diperlukan.

BAHAN



1kg tulang lembu – ambil bahagian rusuk/kaki (boleh dicampur daging)
8 biji bawang kecil – hiris halus
4 ulas bawang putih – hiris halus
2cm halia
1 sup bunjut
2 tangkai daun sup – hiris
3 liter air
150gm bawang goreng
Garam dan gula secukup rasa

CARA

1.Panaskan air dan rebus tulang bersama sup bunjut. Masukkan hirisan bawang merah, bawang putih dan halia.



2.Rebus sehingga mendidih dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

3.Sebelum dihidangkan, tabur hirisan daun sup dan bawang goreng.

Resepi oleh Datuk Cef Ismail, Restoran Rebung.



Resepi Ikan Siakap Stim Limau ala Thai


Sebaran :

Leave a Reply