Erma Fatima jual baju bantu orang susah


Pelakon dan pengarah, Erma Fatima mengetahui kempen Tabung Bantuan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Kita Ada Kita bagi membantu golongan bukan anak seni yang terkesan dengan pandemik.

Erma menggabungkan barisan artis popular di bawah nama Yayasan Seni Karya Prihatin Malaysia bagi membantu golongan yang terkesan dengan situasi semasa.

“Saya bekerjasama dengan ramai artis popular seperti Datuk Aznil Nawawi, Datin Seri Umie Aida, Amy Search, Nabila Huda, Syamel, Ernie Zakri dan ramai lagi dengan slogan Kita Ada Kita.

“Sebanyak lebih 500 senarai permohonan sudah dihantar menerusi laman web www.sebuahkehidupan.com yang kami lancarkan sebelum ini.



“Mereka yang terpilih akan menerima barangan keperluan makanan dan keperluan harian berdasarkan bajet antara RM50 hingga RM100 bagi sebuah keluarga,” kata Erma.

Erma berkata, setiap artis yang terlibat dengan kerjasama itu akan melakukan aktiviti dan inisiatif sendiri bagi mengutip dana untuk tabung berkenaan.

“Setiap selebriti yang terbabit akan menjalankan aktiviti sendiri untuk mengutip dana, sebagai contoh Nabila akan menyumbangkan sebahagian daripada hasil jualan untuk tabung itu.

“Saya sendiri menjual pakaian secara langsung di Instagram dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Oleh itu, saya meneruskan penjualan itu lagi malam tadi,” ujar Erma.



Erma yang turut mengasaskan produk makanan Syarikat Mak Cun Mart mengambil inisiatif untuk turut membantu golongan artis dan kru produksi yang terkesan dengan pandemik COVID-19. Wc

Erma Fatima selar tindakan orang awam pergi mall ‘Macam Sakai’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker