Benarkah telungkup tangan ketika doa tolak bala sunnah Rasulullah s.a.w.?


Baginda Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiadalah di atas dunia ini seorang Muslim yang berdoa melainkan akan diperkenankan Tuhan atau dipalingkan daripadanya kejahatan selama dia tidak berdoa perkara-perkara yang berdosa atau membuat perkara yang memutuskan tali persaudaraan. Lantas seorang lelaki berkata: Kalau begitu kita perbanyakkan doa? Jawab Baginda, di sisi Allah (penerimaan) lebih banyak.”

Doa merupakan salah satu cara bagi menunjukkan rasa syukur atas segala nikmat yang diberikan.

Islam mendidik umatnya agar segera berdoa memohon pertolongan dan bantuan dalam apa jua keadaan dan masalah yang dihadapi.

Selain itu, doa juga dipohon untuk pelbagai sebab samaada untuk perkara yang telah berlalu, sedang berlaku mahupun akan datang. Ataupun doa minta dilepaskan dari sesuatu yang merbahaya, doa dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan sebagainya.



Sudah menjadi fitrah manusia mengharapkan perlindungan dan pertolongan dari Maha Pencipta. Ini kerana manusia memang diciptakan lemah dan tidak berdaya, dan doa itulah merupakan jambatan seorang hamba dengan Penciptanya.

Justeru itu, seseorang mukmin diperintahkan agar sentiasa berdoa seperti firman Allah dalam surah Ghafir: 60,

“Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepada Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada Ku, akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina.”

Rasulullah s.a.w bersabda, “Doa itu adalah ibadah, Tuhanmu telah berfirman, berdoalah kamu kepadaKu, nescaya pasti aku akan perkenankan.” HR Abu Dawud, Tirmizi dan Ibn Majah



Doa juga merupakan senjata orang mukmin. Lazimnya ketika berdoa, kita akan menadah tangan memohon kepada Allah, namun bezanya ada yang menadah tinggi tangan melepasi kepala, ada yang menunduk, ada yang melekapkan tangan di dada, dan pelbagai lagi cara.


Malah tatkala doa menolak bala dibaca, ada pula yang terbalikkan atau menelengkupkan tangan mungkin sebagai manifestasi tidak mahu bala datang menimpa.

Persoalannya adakah ia satu sunnah dan amalan yang dianjurkan Islam? Dan apa pula hukumnya?

Menjawab permasalahan ini, Mustafa Abdul Rahman, salah seorang pendakwah bebas menjelaskan cara berdoa dengan menelungkupkan atau menterbalikkan tapak tangan tidak ada dalam sunnah.



Adab yang diajarkan Rasulullah yang sebetulnya ialah menadah tangan sewaktu berdoa kemudian menyapu muka dengan kedua tangan setelah selesai membaca doa.

Seperti yang diriwayatkan oleh Saidina Umar r.a.

“Adalah Rasulullah s.a.w. apabila mengangkat kedua tangannya waktu berdoa, tidak menurunkan kedua tangannya itu hingga ia mengusap mukanya terlebih dahulu”.

Apa yang penting ketika berdoa, kita haruslah meminta dan memohon kebaikan. Jika menelengkupkan tangan itu sebagai tanda atau simbolik bagi menunjukkan kesungguhan berdoa kepada Allah, maka ianya diharuskan.



Tetapi harus diingat, jangan sampai ke tahap perkara ini dianggap sebagai satu sunnah ataupun syariah dan menjejaskan doa. Sekiranya sampai ke tahap itu, hal ini boleh menimbulkan bid’ah dari segi adab.

Menadah tangan ketika berdoa merupakan antara sebab doa diterima. Tetapi dalam hal ini, menadah tangan kemudian menterbalikkannya adalah lebih kepada simbolik dan tanda.

Sebenarnya Allah S.W.T. sudah mengetahui setiap bisikan hati dan kehendak hamba Nya, maka tidak perlulah melakukan simbolik ini. Kesungguhan dan keikhlasan berdoa adalah lebih penting apabila menginginkan doa diterima.

Sabda Rasulullah s.a.w.



“Apabila kamu meminta kepada Allah (berdoa) maka mintalah dengan perut tangan kamu, dan jangan kamu meminta menggunakan belakang tangan” HR Abu Daud

Telungkup kerana doa istisqa

Timbulnya isu amalan menelengkupkan tangan ke bawah ketika doa menolak bala, di sisi ulama yang berpendapat demikian adalah bersandarkan perbuatan Rasulullah s.a.w ketika doa Istisqa’ iaitu doa meminta hujan ketika kemarau.

Di dalam Sahih Muslim dinyatakan bahawa Anas bin Malik menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w melakukan istisqa’ lalu mengisyaratkan dengan belakang tangannya ke langit.



Pun begitu, ada juga ulama yang memahami hadis dengan cara yang berbeza. Mereka berpendapat bahawa Baginda Rasulullah bukan dengan sengaja menghalakan belakang tangannya ke langit, tetapi ia terjadi kerana ketika doa istisqa, Baginda mengangkat tangan terlalu tinggi sehingga belakang tangannya menghadap ke langit.

Ibn Taimiyyah juga berkata, “Sesiapa yang menyangka bahawa Nabi s.a.w, ketika mengangkat tangan dalam keadaan biasa Baginda menghalakan belakang tangannya ke langit, maka dia telah tersilap.

Begitu juga siapa yang menyangka bahawa Baginda sengaja menghalakan wajah dan belakang tangannya ke langit maka dia tersilap.”

Di sini boleh disimpulkan, perbuatan Baginda menghalakan tangannya ketika berdoa, hanyalah wirid di dalam solat istisqa’.

Kita juga tahu akan kisah Baginda mengangkat tinggi tangan ketika melakukan doa istisqa’ hingga kelihatan putih ketiak Baginda, dan doa dengan kaifiyat ini dilakukan bukan di dalam solat, tetapi di atas mimbar ketika memberikan khutbah istisqa’. Wallahu a’lam. Utv

“Tuhan jika Engkau wujud, selamatkan anakku!”

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker