Resepi Ikan Siakap Stim Limau ala Thai

Resepi Ikan Siakap Stim Limau ala Thai
Resepi Ikan Siakap Stim Limau Ala Thai

Masa Penyediaan: 15 minit,
Masa Memasak:15 minit,
Jumlah Hidangan:4 orang

Kita nak share satu resepi sihat kegemaran ramai, sesuai untuk yang tengah diet atau menu yg kalau minyak dah habis kat dapur, iaitu resepi Siakap Steam Ala Thai.

Resepi di ilhamkan dari Pailin’s Kitchen, dari negara jiran iaitu Thailand. Kita ni memang ramai yang penggemar tegar makanan Thai.



Caranya mudah sangat, dan rasanya memang mantap lah.

Ada 3 bahagian, mula2 kita bersihkan dan steam ikan. Kemudian kita potong semua bahan, dan seterusnya kita sediakan kuah cili untuk dituang ke atas ikan.

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk siakap steam:

  • 1 ekor ikan siakap
  • 2 batang serai
  • 1 mangkuk besar air
  • 1/2 -1 ketul kiub ayam atau stok ayam homemade
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar parutan gula melaka/Thai palm sugar
  • perahan jus dari 3 biji limau nipis, lebihkan jika bersaiz kecil
  • 6-7 biji cili padi
  • hirisan daun ketumbar
  • 1-2 sudu besar sos ikan

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk kukus siakap:
  2. Bersihkan ikan siakap dan kelar bahagian sisi kedua belah ikan.
  3. Titik serai dan masukkan ke dalam perut ikan.
  4. Panaskan periuk kukusan, kukus ikan selama lebih kurang 15 minit atau sehingga ikan masak.
  5. Sementara menunggu, sediakan kuah untuk dituang ke atas ikan.

Cara-cara untuk kuah cili limau:

  1. Panaskan air di dalam periuk.
  2. Masukkan kiub ayam, atau stok ayam homemade jika ada. Kalau guna stok ayam homemade boleh kurangkan sikit air.
  3. Masak sehingga mendidih dan tutup api.
  4. Tuang ke dalam mangkuk. Masukkan bawang putih yg dicincang halus, jus limau nipis, parutan gula melaka, hirisan cili padi, hirisan daun ketumbar dan sos ikan.
  5. Kacau sebati. Kita memang tak didihkan bahan-bahan ni semua, ia cuma akan masak dalam air stok yg suam-suam panas tu aja.
  6. Dengan cara ini aroma dan kesegaran bahan-bahan dapat dikekalkan.
  7. Tuang kuah ke atas ikan yang sudah dikukus tadi.

Tips:

Jika air kukusan ikan banyak sangat, boleh buang tinggal sedikit sahaja sebelum dituang kuah. Jangan bimbang, rasa tetap akan sedap nanti.



Kalau kurang masin, tambah sos ikan. Kalau kurang manis, tambah lagi parutan gula melaka.

Macam mana nak tau ikan kukus dah masak, tolak isi ikan dekat bahagian tulang yang dikelar tadi dengan menggunakan garfu. Jika isi mudah tertanggal dari tulang maksudnya ikan dan betul-betul masak.

Resepi Che Nom

Resepi Ikan Siakap Stim Limau ala Thai


Baca Artikel Menarik



Layari Laman Facebook MYKMU NET


Resepi asam pedas udang harimau sedap memukau



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker