Jalan runtuh, Jalan Lama Bentong-Kuala Lumpur terputus

Jalan runtuh, Jalan Lama Bentong-Kuala Lumpur terputus

BENTONG: Jalan Kuala Lumpur-Bentong yang menghubungkan Genting Sempah ke Janda Baik ditutup kepada semua kenderaan, hari ini.

Kejadian jalan runtuh itu dianggarkan berlaku sepanjang 50 meter di laluan FT68, Jalan Bentong-Kuala Lumpur (jalan lama) dalam kejadian banjir kilat pada jam 6.30 petang semalam.

Orang ramai dinasihatkan menggunakan jalan alternatif iaitu Lebuhraya Kuala Lumpur -Karak- Persimpangan Bukit Tinggi – Stesen BHP Bukit Tinggi – SMK Bukit Tinggi – Janda Baik.

Kejadian tanah runtuh itu dipercayai berlaku akibat hakisan tanah di sebelah kiri jalan dan aliran air masih ada di atas jalan dan penilaian kerosakan masih dalam siasatan.

Sebelum itu, akibat hujan lebat dan berlaku ‘kepala air’ serta membawa banjir kilat berlumpur menyebabkan 15 premis perniagaan dan 5 rumah turut dilanda banjir lumpur.

Pasukan Roadcare Sdn Bhd P4- Bentong akan ke lokasi untuk mendapatkan maklumat terperinci berkaitan kelebaran dan ketinggian kawasan runtuh.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman berkata, siasatan perlu disegerakan bagi mengenal pasti sama ada berlaku penerokaan atau pembukaan tanah di bahagian atas bukit sehingga menyebabkan bencana itu kerap berlaku.

Beliau melawat tempat kejadian bersama ADUN Ketari, Thomas Su, untuk meninjau keadaan ketika kejadian, petang semalam dan menasihati orang ramai supaya berhati-hati. BH

Jalan runtuh, Jalan Lama Bentong-Kuala Lumpur terputus

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizo Omar Vs Mawar

Kartunis Turkiye, Palestin sekolahkan Charlie Hebdo

Kantoi bercium di kelab malam, kekasih pelakon tuntut janji (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker