Dilayan seperti anak sendiri, siap sikatkan rambut (Video)

Dilayan seperti anak sendiri, siap sikatkan rambut (Video)

Rakyat Malaysia tidak pernah gagal menunjukkan sisi-sisi toleransi dan sikap suka membantu antara satu sama lain tanpa mengira kaum. Disebabkan itu kita sentiasa hidup harmoni.

Terbaharu, sebuah video eksperimen sosial yang dilakukan di ibu kota Kuala Lumpur tular di media sosial memaparkan seorang lelaki Melayu membantu pemuda Cina mengikat tali leher.

Untuk pengetahuan anda, pemuda Cina tersebut iaitu Leeroy Wong merupakan seorang YouTuber dan melakukan eksperimen sosial meminta bantuan stranger untuk membantunya mengikat tali leher.

Dalam video tersebut, Leeroy mengatakan dirinya mahu menghadiri sesi temuduga. Menjadi perhatian apabila seorang lelaki Melayu tanpa berfikir panjang membantunya mengikat tali leher.

Lebih mengharukan apabila lelaki tersebut menyisir rambut Leeroy agar terlihat kemas. Video tersebut telah mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata netizen memuji tindakan lelaki itu.

Bukan itu sahaja, segelintir netizen turut tersentuh melihat tindakan lelaki itu yang melayan Leeroy seperti anaknya sendiri. Malah, para netizen turut mengatakan moment ini adalah bukti bahawa rakyat Malaysia sebenarnya bersatu padu. Vc

Dilayan seperti anak sendiri, siap sikatkan rambut (Video)


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Abu Syafiq minta Idris siasat Tuan Ibrahim dulu

Kau Sorok Celah *** Mak Kau Ke? – Diva AA Bengang Nasi Lemak KFC Tiada Ikan Bilis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker