Babak Dramatik Di Hospital..Doktor Tegur Dan Cadang Bagi Real Dalam Drama ‘Bisik Bisik Gelora'[VIDEO]

Babak Dramatik Di Hospital..Doktor Tegur Dan Cadang Bagi Real Dalam Drama ‘Bisik Bisik Gelora'[VIDEO]

GARA-GARA tidak peka dengan teknik penggunaan peralatan perubatan yang sepatutnya, seorang doktor menegur salah satu babak lakonan Redza Rosli dalam drama berjudul Bisik Bisik Gelora.

Menurut Dr Hafeez yang berkongsi perkara tersebut di laman TikTok miliknya, babak tersebut menggambarkan kecuaian oleh pihak hospital atau ia sebenarnya sekadar gimik yang tidak menjadi.



Dalam babak yang dipaparkan, watak Jad Izzuddin lakonan Redza terlantar dalam keadaan kritikal di sebuah hospital, namun cara penyambungan tiub bantuan pernafasan adalah tidak sama seperti amalan perubatan sebenar.

“Ini babak dramatik atau cuai. Benda yang terkeluar dari mulut itu adalah tiub pernafasan untuk seorang yang hendak ditidurkan. Tiub itu sepatutnya diikat dan bukan digigit sebab ia boleh tercabut keluar.

“Benda yang macam bubble itu pula adalah ambu bag yang digunakan untuk mengepam udara secara manual apabila seseorang itu pengsan. Ia tidak sepatutnya ditinggalkan di situ. Kalau tinggal memang nampak macam cuai,” katanya.

VIDEO DIBAWAH:-

Tambah Dr Hafeez, jika keadaan sebegitu benar-benar berlaku disebabkan kecuaian pihak hospital, pesakit boleh mengambil tindakan saman.



Doktor perubatan itu turut memberi cadangan kaedah terbaik untuk melakonkan babak sebegitu dengan kos yang rendah.

“Kalau saya orang berkenaan, episod seterusnya saya akan saman hospital. Jika mahu babak dramatik dengan kos rendah cukup dengan hanya memakai topeng oksigen.

“Kita sudah melalui fasa Covid-19 selama dua tahun dan orang ramai tahu bagaimana keadaan pesakit kritikal. “Jalan cerita sudah elok, tetapi babak tersebut merosakkan,” ujarnya.

Drama Bisik Bisik Gelora merupakan terbitan Global Station Sdn Bhd dan diarahkan oleh Riza Baharudin.



Selain Redza pelakon lain yang turut terlibat adalah Raysha Rizrose, Gambit Saifullah, Afifah Nasir dan Hafidz Roshdi. mSTAR

Babak Dramatik Di Hospital..Doktor Tegur Dan Cadang Bagi Real Dalam Drama ‘Bisik Bisik Gelora'[VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Sultan Johor bidas pemimpin DAP hasut rakyat berdemo

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker