Malu Dengan Anak.. Peninju Wanita Ini Tak Mahu Terkenal Dengan Cara Kotor…Tolak Imej Seksi

Malu Dengan Anak.. Peninju Wanita Ini Tak Mahu Terkenal Dengan Cara Kotor…Tolak Imej Seksi

PENINJU wanita Julianna Pena menegaskan dia tidak perlu menanggalkan pakaiannya untuk menjadi bintang terkenal.

Berbeza dengan sebilangan peninju wanita lain yang sanggup berbogel dan tampil menerusi platform OnlyFans, Pena berkata dia tidak mahu mengikuti jejak langkah mereka.

“Memang mudah untuk menanggalkan pakaian anda dan ‘berniaga’ di Instagram dengan menjadi model seksi.

“Tapi saya mahu melakukannya dengan cara yang ada kelas. Saya tidak perlu menanggalkan pakaian saya untuk membuat orang melabur dalam apa yang saya lakukan,” ujarnya.

Menurut Pena, dia juga enggan mencemarkan maruahnya dengan berpakaian seksi kerana tidak mahu menjadi contoh buruk kepada anaknya.

“Saya mempunyai seorang anak perempuan dan saya mahu menunjukkan contoh yang baik untuknya. Saya tidak mahu dia buka Instagram dan melihat ibunya separuh bogel.

“Saya tidak halang orang lain untuk melakukan hal itu, anda boleh ikut cara anda yang dirasakan betul. Tetapi bagi saya, ia meletakkan saya dalam situasi di mana saya perlu memasarkan diri saya dengan cara yang berbeza, bukan dengan menanggalkan pakaian saya dan menjual elemen seks,” ujar peninju UFC itu lagi.

Pena akan kembali beraksi di UFC 277 pada 30 Julai dengan perlawanan timbal balik menentang bintang MMA Amanda Nunes. – Daily Star.

Malu Dengan Anak.. Peninju Wanita Ini Tak Mahu Terkenal Dengan Cara Kotor…Tolak Imej Seksi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sultan Johor bidas pemimpin DAP hasut rakyat berdemo

Stress Tengok Cara Peniaga Di Thailand Kupas Durian (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker