Jika negeri PH adakan PRN berasingan dengan PRU-15, kita akan kalah

etiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata dia akan mencadangkan kepada majlis presiden PH untuk menilai semula pendirian sebelum ini agar negeri yang ditadbir oleh gabungan itu menghabiskan penggal sebelum membuat pilihan raya.

Loke berkata, PH sebelum ini menjangka PRU diadakan lebih awal namun dengan kebarangkaliannya kian rendah, gabungan itu perlu menimbang untuk mengadakan pilihan raya bagi Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan secara serentak jika Parlimen dibubarkan selepas November.

“Sebelum ini kita kita jangka dibuat pilihan raya mengejut tetapi kini kita lihat kebarangkaliannya rendah.

“Ada banyak spekulasi mengatakan paling awal, pilihan raya umum hanya akan diadakan akhir tahun ini, selepas pembentangan belanjawan.

“Jika ia diadakan akhir tahun, hanya tinggal beberapa bulan untuk tamat penggal (pentadbiran) engeri. Jadi jika PRU diadakan pada akhir tahun, saya berpandangan yang kita tidak patut buat pilihan raya berasingan,” katanya ketika sidang media di Seremban hari ini.

Bagi Loke, jika jurang masa antara PRU dan pilihan raya di negeri ditadbir PH terlalu kecil, kemungkinan ada beberapa perkara yang tidak berpihak kepada mereka.

“Jika pilihan raya dibuat berasingan dan (perbezaan) tempoh masa tidak lama, mungkin ada pengundi rasa kita bazirkan sumber.

“Saya akan cadangkan kepada majlis presiden PH agar kalau PRU diadakan selepas November, maka (pilihan raya di) Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang juga seharusnya dibuat serentak,” katanya lagi.

Loke berkata dia menyuarakan perkara itu agar akar umbi PH bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya.

“Kita perlu beri mesej jelas kepada akar umbi kita. Jika tidak, mereka mungkin tidak bersedia dan tidak melihat perlunya kesegeraan.

“Hari ini, kita jelas memberitahu akar umbi kita yang jangan andaikan yang kita ada masa setahun sebelum pilihan raya diadakan kerana keputusan sebelum ini.

“Kerana jika PRU dilaksanakan selepas November, maka kita perlu menimbang untuk mengadakan pilihan raya negeri secara serentak,” katanya lagi.

Pada Julai lalu, majlis presiden PH mengumumkan DUN negeri yang ditadbir gabungan itu tidak akan dibubarkan jika pilihan raya umum dibuat secara mengejut.

Pada masa itu, kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin berdepan krisis kestabilan dan pilihan raya umum dicadangkan sebagai penyelesaian.

Kini, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob juga berdepan tekanan daripada kepimpinan partinya, Umno untuk menyegerakan pilihan raya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sultan Johor bidas pemimpin DAP hasut rakyat berdemo

Stress Tengok Cara Peniaga Di Thailand Kupas Durian (Video)

Hadi buat pusingan U, mahu PRU-15 dijalankan segera

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker