Majoriti Peserta Kaji Selidik Rakyat Thailand Bimbang Kelonggaran Ke Atas Ganja

Majoriti peserta kaji selidik rakyat Thailand bimbang kelonggaran ke atas ganja

BANGKOK: Majoriti rakyat Thailand yang mengikuti satu kaji selidik menyatakan kebimbangan mereka mengenai kesan ganja dikeluarkan dari senarai narkotik, lapor Bangkok Post.

Satu kaji selidik telah dijalankan oleh Universiti Suan Dusit Rajabhat, Bangkok pada 20 hingga 23 Jun ke atas 2,390 orang dari seluruh negara.



Ditanya sama ada mereka bimbang pada laporan itu, 70.63% menjawab “ya”; dengan 37.78% “agak bimbang”; dan 32.85% lagi “sangat bimbang”. Hanya 16.27% menjawab “sedikit bimbang” manakala 13.10% “tidak bimbang langsung”.

Apabila ditanya mengenai kebaikan dan keburukan marijuana dikeluarkan dari senaai narkotik, 52.76% berkata akan ada lebih keburukan dari kebaikan; 30,17% berkata kedua-duanya seimbang; dan 17.07% berkata lebih kebaikan berbanding keburukan.

Dalam soalan pilihan jawapan berbilang, mengenai kebaikannya, 74.96% berkata ganja boleh digunakan untuk tujuan perubatan; 46.46% menjawab tumbuhan itu memberi nilai ekonomi tambahan; manakala 45.38% berkata ia boleh mengurangkan kos sesetengah rawatan.

Ditanya apakah yang membuatkan mereka khuatir tentang pelonggaran undang-undang berkaitan ganja, 84.58% menjawab orang ramai masih kekurangan pengetahuan untuk penggunaan yang betul; 82.16% menjawab ganja akan mudah diakses kanak-kanak dan remaja yang sekadar mahu mencuba; dan 73.73% berkata masih tiada garis panduan praktikal yang jelas atau undang-undang tentang penggunaannya.



Berkait cadangan bagaimana peraturan yang sepatutnya dilakukan, 88.38% berkata remaja tidak boleh dibenarkan mencubanya dan semua institut pendidikan perlu bebas ganja; 82.26% berkata perlu diberikan amaran yang menentang penggunaannya terutama dalam makanan; dan 81.67% berkata pengiklanan produk berasaskan ganja perlu disekat.

Adakah pengeluaran ganja dari senarai narkotik ada kaitan dengan politik?

Bagi soalan itu, 60.54% menjawab “ya, semestinya”; 27.99% menjawab “ya, mungkin”; 9.53% menjawab “tidak mungkin”; dan 1.94% menjawab “pastinya tidak”.-AA

Majoriti peserta kaji selidik rakyat Thailand bimbang kelonggaran ke atas ganja



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sultan Johor bidas pemimpin DAP hasut rakyat berdemo



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker