Menangis selepas dicekup khalwat bersama janda Indonesia

Menangis selepas dicekup khalwat bersama janda Indonesia

MELAKA – Seorang lelaki warga Bangladesh hanya mampu menangis selepas dicekup berkhalwat dengan kekasihnya seorang warga Indonesia di sebuah hotel di Taman Melaka Raya, Banda Hilir di sini awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Che Sukri Che Mat berkata, lelaki berusia 37 tahun dan kekasihnya, janda dua anak yang berusia 30 tahun itu diserbu kira-kira pukul 1.35 pagi tadi dalam Operasi Cegah Jenayah Syariah sempena Sambutan Hari Kekasih.

Hasil soal siasat mendapati warga Bangladesh yang bekerja sebagai pelayan restoran itu mendakwa terpaksa mengajak kekasihnya tidur di hotel selepas tidak dapat menempah penyedia perkhidmatan e-hailing untuk pulang.

“Wanita warga Indonesia itu yang bekerja sebagai pembantu rumah mendakwa dia tidak dapat pulang ke rumah majikannya di Permatang Pasir dan telah memaklumkan perkara itu kepada majikan dengan alasan bermalam di rumah kawan.

“Ketika diperiksa, warga Bangladesh berkali-kali memohon maaf sambil menangis kerana kesal dengan kesilapannya itu namun kedua-dua dibawa ke pejabat JAIM bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengetuai operasi berkenaan bersama Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Negeri Melaka, Akmal Nadzim Abdullah yang berakhir pukul 4 pagi tadi.

Sementara itu, dalam tangkapan berasingan, JAIM juga menahan seorang pelajar perempuan sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA) kerana bersama kekasihnya berusia 22 tahun di sebuah kawasan sunyi dan gelap di Pantai Siring.

“Mereka memberi alasan hanya duduk melepak di situ selepas makan malam namun ketika diperiksa, kedua-duanya duduk rapat berdua-duaan tanpa mempunyai ikatan yang sah sebelum dibawa ke pejabat JAIM untuk membantu siasatan.

“Turut ditahan adalah seorang pengawal keselamatan sebuah syarikat kurier berusia 28 tahun kerana berkurung mendatangkan syak dengan kekasihnya berumur 25 tahun di sebuah hotel di Ujong Pasir,” katanya.

Che Sukri berkata, dalam operasi selama lima jam itu, pihaknya berjaya menahan lima pasangan kekasih berusia antara 20 tahun hingga 37 tahun untuk siasatan di bawah Seksyen 53 dan Seksyen 71 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991.

Seksyen 53 memperuntukan hukuman denda sehingga RM3,000 atau penjara sehingga 24 bulan atau kedua-duanya sekali manakala Seksyen 71 jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM1,000 dan penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali. MG

Menangis selepas dicekup khalwat bersama janda Indonesia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai pemenang AJL37, Terus Hidup dinobat sebagai juara

Jahat atau tak, tunggu saja – Anwar

Isteri naik hantu, ganyang skandal suami tepi jalan raya [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker