SPRM ambil keterangan bekas menteri berkait ‘Pandora Papers’

SPRM ambil keterangan bekas menteri berkait ‘Pandora Papers’

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil keterangan seorang bekas menteri berhubung pendedahan “Pandora Papers” mengenai kekayaan disembunyikan di luar negara hasil daripada syarikat perkhidmatan luar pesisir.

Keterangan daripada bekas menteri berusia 84 tahun itu diambil selepas beliau hadir ke ibu pejabat SPRM, Putrajaya.

Utusan Malaysia yang memetik sumber memberitahu, keterangan membabitkan bekas pemimpin berkenaan diambil bagi menjelaskan aliran dan jejak kewangan membabitkan 12 syarikat luar pesisir miliknya dan keluarga disyaki memiliki kekayaan luar biasa.

“SPRM juga sedang memfokuskan siasatan melibatkan pelbagai sudut untuk mengesan aset dan pelaburan yang dikaitkan pemimpin itu dan keluarganya di luar negara, kemungkinan ia hasil daripada projek kerajaan atau tidak,” katanya.

Bagaimanapun, siasatan SPRM masih di peringkat awal dan setakat ini tiada pembekuan sebarang akaun dilakukan.

“SPRM masih dalam peringkat mengesan aset yang ada selain meneliti aliran transaksi kewangan syarikat luar pesisir yang dikaitkan dengan pemimpin berkenaan,” katanya.

Selain bekas menteri itu, SPRM juga dikatakan akan mengambil keterangan anak kepada bekas perdana menteri hari ini.

“Berkemungkinan akan ada lagi individu dipanggil berhubung pendedahan ‘Pandora Papers’ itu,” kata sumber itu lagi.

Isu “Pandora Papers” pernah dibangkitkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika menjadi ketua pembangkang kerana didakwa melibatkan beberapa nama besar dalam negara.

Anwar yang dipetik berkata, isu itu juga melibatkan kepentingan rakyat kerana ia turut menyebut nama tokoh politik kerajaan dan juga pembangkang.

Sebelum itu, media melaporkan puluhan aset milik ketua negara dan kerajaan didedahkan oleh “Pandora Papers”, yang turut mengaitkan sebilangan rakyat Malaysia terkemuka lain dengan urusan perniagaan luar pesisir.

Konsortium Wartawan Penyiasatan Antarabangsa (ICIJ) pernah mendedahkan beberapa nama besar termasuk pemimpin dalam kerajaan sekarang.

Pendedahan data itu, yang terbesar seumpamanya, melibatkan 2.94 terabait yang diberikan secara rahsia kepada ICIJ.

Ia juga membabitkan hampir 12 juta dokumen dan rekod lain daripada 14 penyedia perkhidmatan luar pesisir yang menubuhkan dan menguruskan syarikat “shell” dan amanah di “syurga cukai” di seluruh dunia.

Pada 25 Okt 2021, menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) ketika itu Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengarahkan SPRM, Bank Negara (BNM) dan polis melakukan siasatan. FMT

SPRM ambil keterangan bekas menteri berkait ‘Pandora Papers’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai pemenang AJL37, Terus Hidup dinobat sebagai juara

Jahat atau tak, tunggu saja – Anwar

Isteri naik hantu, ganyang skandal suami tepi jalan raya [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker