Hero Batang Kali gigih bertugas dalam SAR gempa Turkiye
Hero Batang Kali gigih bertugas dalam SAR gempa Turkiye
GAZIANTEP: Dua “hero Batang Kali” yang menyertai pasukan mencari dan menyelamat (SAR) negara ke Turki sentiasa bersedia mencurahkan tenaga dan tidak gugup beraksi walaupun berada di negara lain.
Aksi lincah anjing pengesan milik unit K9 bomba, Denti dan Frankie, ketika mengesan mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan konkrit, memperlihatkan ketangkasannya.
Keadaan cuaca yang amat sejuk serta berdebu tebal seakan tidak memberi apa-apa kesan kepada anjing jenis Labrador dan English Springer Spaniel yang menghidu di setiap rekahan dan lubang pada runtuhan untuk mengesan jika terdapat mangsa terperangkap.
Sambil mengibaskan ekor, kedua-dua anjing berkenaan terus fokus mendengar arahan pengendali masing-masing untuk ke kawasan mana yang perlu dihidu dan rekahan mana yang perlu dimasuki.
Pengendali haiwan tersebut, pegawai bomba Tony Albert Mani dan Y Thibagaran bagaimanapun melahirkan sedikit kebimbangan kerana terdapat banyak benda tajam dan besi konkrit yang boleh mencederakan kaki haiwan tersebut.
Thibagaran yang mengendalikan Frankie berkata, kedua-dua anjing berkenaan tidak menunjukkan sebarang masalah untuk menyesuaikan diri dengan cuaca di Nurdagi yang mencecah sehingga -10 darjah Celsius pada waktu malam.
Katanya, anjing berkenaan merupakan baka yang berasal dari negara yang beriklim sejuk.
“Setakat ini, kedua-dua ekor anjing ini tidak mempunyai masalah dari segi kesihatan dan pemakanan, malah kedua-duanya dalam keadaan terbaik dan bersedia untuk turun ke lokasi pada bila-bila masa jika diperlukan,” katanya.
Sejak awal operasi, Denti dan Frankie ditugaskan bersama pasukan MAS-01 SMART dan MAS-10 dalam operasi SAR di beberapa lokasi runtuhan bangunan kediaman dan hotel di sekitar bandar ini.
Dalam pada itu, Ketua Komander Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (Storm) Ismail Abd Ghani berkata, selain dua ekor anjing pengesan, bomba turut membawa peralatan khas untuk digunakan dalam misi SAR di Nurdagi antaranya, alat pengesan, alat pemotong besi keluli, penyendal, penampung beban sementara dan alat pemecah konkrit.
“Seramai 30 anggota bomba dari seluruh negara terlibat dalam misi kali ini, melibatkan anggota Storm dan Pasukan Khas Pengurusan Bahan Berbahaya (Hazmat) yang mempunyai kepakaran dalam melakukan kerja SAR dan EMRS,” katanya.
Gempa bumi besar berukuran 7.8 pada skala Richter yang melanda selatan Turki dan barat laut Syria, Isnin lepas meragut puluhan ribu nyawa.
Kesan gegaran turut dirasai di Cyprus dan Lubnan.
Turki pada Selasa mengisytiharkan darurat selama tiga bulan di 10 wilayah, iaitu Adana, Adiyaman, Diyarbakir, Gaziantep, Hatay, Kahramanmaras, Kilis, Malatya, Osmaniye dan Sanliurfa, bagi memastikan misi SAR berjalan lancar. FMT
Hero Batang Kali gigih bertugas dalam SAR gempa Turkiye
Baca Artikel Menarik:
- Jalan runtuh, Jalan Lama Bentong-Kuala Lumpur terputus
- Kadar cukai jalan ikut kuasa kuda sudah lapuk
- Syafiq, Mimi kahwin lepas raya
- Baru seminggu kahwin, suami maut selepas langgar lubang jalan
- ‘Daddy’ berselisih dengan anak, apa nasib Pejuang?
- Pelajar cedera dipukul pak guard lalok
- Adik tumbuk kakak curang pada suami
- Konti radio jadi talian hayat politik Khairy
- Bapa leka main ‘game’ pukul kepala bayi 6 bulan hingga mati
- AJL37 dikritik, rakaman jurukamera jadi bahan netizen
- Kenyataan ‘Sembah Syaitan’, Ustaz Wadi Annuar mohon maaf pada penganut hindu
- Pelajar serah diri selepas buang makanan dalam sungai
- Anwar tolak cadangan Ramasamy untuk kurangkan Melayu dalam perkhidmatan awam
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Senarai pemenang AJL37, Terus Hidup dinobat sebagai juara
Isteri naik hantu, ganyang skandal suami tepi jalan raya [VIDEO]