Chong Wei bidas jurulatih badminton bangkit isu rasis

Chong Wei bidas jurulatih badminton bangkit isu rasis

“Sukan menjunjung rasa hormat dan tidak menerima perkauman. Jangan sesekali demi mengejar nk terkenal, sanggup menghancurkan keharmonian rakyat yg keeratan bukan dibina sehari dua, tetapi berdekad-dekad.

“Anggaplah dia sebiji epal busuk, kawan-kawan.” Itu reaksi legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei berkenaan komen berbaur perkauman yang menyentuh isu sensitiviti agama daripada bekas pemain badminton pelapis percubaan negara, Bong Guang Yik.



Kenyataan beliau itu disiarkan menerusi hantaran terbaharu pada akaun Facebook miliknya, hari ini.

Baru-baru ini, tular video di media sosial mengenai kenyataan Guang Yik yang berbaur perkauman apabila dia mengkritik pengurusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Kenyataan itu kemudian menerima kencaman banyak pihak termasuk Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh serta BAM yang mahu Persatuan Badminton China (CBA) mengambil tindakan terhadap beliau.

Chong Wei dalam pada itu memuji dan mengucapkan terima kasih kepada Hannah yang bijak mengendalikan isu berkenaan.



“Terima kasih kepada YB atas kecerdikan and kepantasan mengendalikan isu ini,” tulisnya di Facebook.

Guang Yik ketika ini dilaporkan menetap dan berkhidmat sebagai jurulatih badminton di China. BH

Chong Wei bidas jurulatih badminton bangkit isu rasis

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai pemenang AJL37, Terus Hidup dinobat sebagai juara

Jahat atau tak, tunggu saja – Anwar



Isteri naik hantu, ganyang skandal suami tepi jalan raya [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker