Maimun perlu jawab, Apa istimewanya Nazlan sehingga tidak boleh disiasat SPRM?

Oleh Norzahira

ISU salahlaku Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali semakin panas apabila Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) bertanya dalam Dewan Rakyat baru-baru ini berkenaan apa yang terjadi dengan siasatan terhadap beliau.

“Apa terjadi dengan siasatan ke atas Hakim Nazlan dan kenapa kerajaan tidak dedah hasil siasatan” – Ahli Parlimen BN dan PN



Kertas siasatan kes membabitkan Hakim Mahkamah Rayuan ini telah lama selesai. Namun tiada sebarang tindakan diambil terhadap beliau. Ramai pihak mempertikaikan perkara ini.

Hakim Malaya Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Ketua Hakim Negara Eusoff Chin pernah disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) dalam Skandal VK Lingam. Oleh itu, sepatutnya tidak menjadi isu siasatan terhadap Nazlan.

Tangan-tangan ghaib dikatakan terlibat dalam perkara ini dari mula hingga menyebabkan Datuk Seri Najib Tun Razak dinafikan perbicaraan yang adil.

Isu terkini yang timbul pula, adakah Hakim boleh disiasat oleh SPRM? Bolehkah mereka didakwa? Persoalannya kenapa selepas 3 bulan, Mahkamah Persekutuan belum memberikan jawapan berkenaan perkara ini.



Secara prinsipnya “no one is above the law”. Hakim juga manusia biasa yang melakukan jenayah dan salahlaku maka mereka perlu disiasat.

Memetik berita dalam Yahoo News tahun 2020 tersebut, Tengku Maimun menegaskan bahawa beliau sebaliknya meminta maklumat mengenai dakwaan salah laku kehakiman bagi membolehkan siasatan dijalankan. “Saya katakan jika anda mempunyai bukti bahawa hakim tertentu rasuah, anda laporkan kepada saya supaya saya boleh membuat laporan kepada SPRM kerana kami juga tidak mempunyai kepakaran untuk menyiasat.”

Adakah Tengku Maimun “double standard” dalam perkara ini? Adakah individu yang terlibat dalam kes tersebut menentukan kenyataan yang beliau keluarkan?

Anda mahu rakyat menghormati undang-undang namun anda melengah-lengahkan jawapan soalan yang sangat mudah.



SPRM pernah didesak agar menjawab persoalan samada kertas siasatan terhadap hakim Nazlan yang terbocor dan tular ketika itu adalah sah atau tidak. Kertas siasatan tersebut dikatakan mendedahkan Nazlan patut didakwa atas kesalahan sengaja menyorok maklumat tentang konflik kepentingan diri dalam kes SRC Najib.

Tiada jawapan yang diberi dalam perkara ini. Adakah Mahkamah Persekutuan dan Peguam Negara telah menghalang kerajaan menjawab memandangkan Nazlan masih menghakimi perbicaraan mahkamah ketika itu?

Sekiranya Maimun dan Mahkamah Persekutuan memutuskan hakim tidak boleh disiasat dan didakwa maka kuasa hakim adalah lagi tinggi berbanding YDP Agung dan Raja-Raja Melayu. Ini mengundang dilema.

Dalam perkara ini, Maimun dan Mahkamah Persekutuan perlu melakukan perkara yang betul tanpa ragu-ragu. Itu akan memudahkan dan memperbetulkan kekusutan yang timbul dalam sistem perundangan negara. Semua rakyat Malaysia berhak mendapat perbicaraan yang adil. Pulangkan hak tersebut kepada mereka.



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker