MB Johor sahkan tidak bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia tetapi hanya ketua bahagian

PETALING JAYA: Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi menawarkan diri bertanding jawatan ketua Umno Bahagian Simpang Renggam pada pemilihan parti akan datang.

Beliau yang juga naib ketua Umno bahagian itu turut mengesahkan tidak akan bertanding sebarang jawatan di peringkat pusat, sekali gus menepis khabar angin mengatakan beliau akan merebut jawatan ketua Pemuda.

“Kita sedia maklum bahawa sekarang adalah musim pemilihan Umno. Saya telah berdoa meminta petunjuk, ilham dan hidayah daripada Allah SWT.

“Saya juga telah berusaha mendapatkan pandangan pelbagai pihak, termasuk ahli keluarga, sahabat, pemimpin dan jentera akar umbi terutama di bahagian Simpang Renggam, mengenai jawatan yang sesuai untuk saya menawarkan diri pada pemilihan kali ini.

“Oleh itu, saya tidak akan menawarkan diri untuk jawatan pada peringkat pusat tetapi dengan rasa penuh rendah diri, ingin menawarkan diri bagi jawatan ketua Umno Bahagian Simpang Renggam pada pemilihan penggal ini.

“Saya akan memberi fokus kepada pentadbiran dan pembangunan di kawasan saya dan seluruh Johor,” katanya menurut Berita Harian.

Akar umbi Umno Simpang Renggam kelmarin dilaporkan meminta Onn Hafiz bertanding merebut jawatan ketua Pemuda untuk mengembalikan maruah parti.

Ia lebih-lebih lagi beliau adalah cicit kepada pengasas parti keramat orang Melayu dan bukan nama asing kerana terbabit secara langsung dalam Umno sejak 2013.

Selain itu, Onn Hafiz yang juga Adun Machap berharap keputusannya dihormati semua pihak.

“Saya telah membuat keputusan untuk terus memberi fokus khidmat bakti kepada Johor. Insya-Allah, saya akan terus berusaha mengukuhkan pentadbiran dan pembangunan Johor,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pengunjung taman safari dikejutkan dengan rempuhan Singa yang bergaduh dihadapan kereta [VIDEO]

Dari Subang Jaya dengan aksi kejar-mengejar, akhirnya penyamun diberkas di Klang

Geng Motor Pancung Leher Orang

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker