Zahid tak pernah minta saya gugurkan kes – Anwar

Zahid tak pernah minta saya gugurkan kes – Anwar

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata timbalannya Zahid Hamidi tidak pernah campur tangan dalam pertuduhan rasuah terhadapnya di mahkamah.

Malah, kata Anwar, Zahid juga tidak memintanya berbuat demikian.

“Kita mesti lihat prosesnya.

“Dia tak pernah minta saya gugurkan kes,” katanya kepada Thai PBS.

Dalam wawancara eksklusif dengan media negara jiran itu, Anwar ditanya berkaitan kerjasama dengan Zahid yang terpalit kes rasuah ketika pada masa yang sama mahu menangani isu itu.

Sementara itu, Anwar berkata kerajaan tetap menjadikan tadbir urus yang baik sebagai agenda.

Menegaskan Zahid “akan melalui prosesnya”, Anwar berkata seseorang itu tidak patut diburuk-burukkan ketika seluruh sistem telah korup.

Dia juga membidas pembangkang kerana membangkitkan isu itu.

“…ketika pembangkang berteriak soal rasuah, tiap hari meratip tentang rasuah, tetapi beri kontrak 100 juta kepada anak menantu dan kroni.

“Jadi saya kata, kalau kamu betul nak tanganinya, kena ada ketelusan,” katanya. Mk

Zahid tak pernah minta saya gugurkan kes – Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai pemenang AJL37, Terus Hidup dinobat sebagai juara

Jahat atau tak, tunggu saja – Anwar

Isteri naik hantu, ganyang skandal suami tepi jalan raya [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker